First GiveAway by Encik Kidal
![]() |
KLIK BANNER UNTUK JOIN |
Hadiah yang paling saya nak ialah topup RM10 !
Instagram saya : @sayidahlurvechoc
Azam saya pada tahun 2016 ialah saya nak MAKIN KURUS. Haaa azam nak kurus ni memang setiap tahun baru ada. Pernah lah juga tercapai azam ni tapi gemuk balik sebab saya memang jenis yang cepat naik berat badan. Haha.
Kedua, saya nak lagi POWER DALAM MEMASAK. Umur saya pun dah makin lanjut kannn, kalau masak tak power camne nak kahwin ni? Eh hahahaa. Saya bukannya tak nak memasak, cuma malas je nak tunjuk skill memasakk kekeekke~ Saya berazamm tahun 2016 saya akan belajar memasak dengan lebih mendalam dengan umi. Yosh!
Selain itu, azam saya pada tahun 2016 juga antaranya dapat GRADUATE DENGAN RESULT YANG MANTOP! Dapat segulung ijazah BACHELOR SAINS MAJOR MATEMATIK di atas pentas Dewan Besar,UPM dengan bangganya. Walaupun tidak graduate dengan first class (pointer 4.00-3.75) , saya berazam akan graduate dengan second class (pointer 3.74-3.5)! Amin amin. Doakan saya ye uolss!
Pelajar dan sikap boros memang berpisah tiada. Makanya, saya berazam akan menjadi lebih BERHATI-HATI DALAM BERBELANJA dan menanamkan SIKAP MENABUNG dalam diri yeayhh! For your information, saya dapat biasiswa JPA setiap sem(6 bulan) sebanyak RM5K. Banyak kan? Tapi lepas bayar yuran Universiti & tolong umi abi, tak banyak pun yang tinggal. Sem-sem sebelum ni memang saya akui saya sangat suka lah berbelanja duit saya ni dengan benda-benda tidak berfaedah. Jadi, sem depan ni saya berazam akan lebih berjimat cermat haiyakkk!
Antara azam tahun 2016 saya yang penting ialah BLOG sayidahnapisahdotcom MAKIN HEBAT berbanding dengan tahun lepas 2015. Hebat dari segi content entri. Hebat dari penyampaian cerita. Hebat dari segi template yang kemas dan elegant. Hebat dari segi UV (unique visitor) dan PV(pageview) blog. Hebat dari segala-galanya lah ! Amin !
Okay itu lah antara azam saya pada tahun 2016. Di bawah ini, ada mind map azam tahun 2016 saya. Sorry kalau buruk sampai menyakitkan mata awak awak ye haha.

Bagaimana pula dengan azam tahun 2016 anda? :)
Tag : Blogger Shahira& CikCandySour.