Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Siasatan kes-kes remeh hingga bercerai

$
0
0

Siasatan kes-kes remeh hingga bercerai

Siasatan kes-kes remeh hingga bercerai

"Saya cerai awak dengan talak tiga!"

Nauzubillah. Moga kita dan keturunan kita dijauhkan daripada kes-kes penceraian ni. 

Pada mulanya, saya hendak tulis sepotong hadis yang masyhur dalam kalangan masyarakat kita iaitu --> sesungguhnya talak menggegarkan Arasy. Tapi bila saya check balik, sebenarnya hadis berkaitan talak menggegarkan Arasy ini adalah palsu semata. Saya pun baru je dapat tahu hadis ini palsu. Sebab biasa dengar hadis ini di mana-mana. Kalau nak tahu lebih lanjut kenapa hadis ini palsu, beli buku (seperti di bawah) dan dapatkan huraian secara terperinci.

Siasatan kes-kes remeh hingga bercerai
"Berdusta ke atasku bukan seperti berdusta ke atas orang lain.
Siapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, tempatnya dalam neraka."

Kes remeh hingga bercerai

Yang biasa saya dengar, alasan yang boleh menjadi punca penceraian adalah suami tidak pandai melakukan hubungan seks, isteri curiga terhadap tindak tanduk suami yang pulang lewat, isteri lebih berkerjaya daripada suami, isteri cemburu buta, suami terlalu 'anak emak', suami kurang memahami kehendak dan keperluan isteri, isteri tak reti memasak dan dann ermm dannn.. sebagainya lah kan haha.

Tapi yang bawah ni ada yang first time saya dengar dan yang paling mengejutkan, ada sesetengah kes yang saya berpendapat ianya memang betul-betul sangat remeh. Ada kes yang saya fikir 'eh yang ni pun boleh jadi gaduh eh'. Tapi betul lah orang kata, daripada benda remeh temeh lah sebenarnya yang boleh membawa kepada pergaduhan besar dan seterusnya kepada penceraian. Nauzubillah min zalik. (moga kita dijauhkan)

Jom kita tengok apa dia punca punca (remeh) penceraian pada zaman sekarang ini !

  • punggung isteri menggerutu
  • suami tidak pandai melakukan hubungan seks
  • isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori
  • isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau
  • isteri suka membasuh baju pada waktu malam
  • suami mencurigai setiap tindakan isteri
  • isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu
  • berbeza fahaman politik
  • suami tidak suka isteri makan dalam kereta
  • gaji suami lebih rendah
  • isteri lambat menyediakan makanan
  • pasangan bangun tidur lewat
  • suami kerja tidak tentu masa
  • anak demam dan tidak sihat
  • cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih
  • pasangan terlalu cerewet
  • pasangan tidur berdengkur
  • pasangan gemar membeli belah
  • suami tangkai jering (kedekut)
  • pasangan lupa pam tandas
  • tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju
  • berebut rancangan televisyen

*sumber : Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan penyelidikan Kosmo!


Siasatan kes-kes remeh hingga bercerai



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993