Segmen : Mini Giveaway By 'Si Chubby'
![]() |
KLIK BANNER UNTUK JOIN |
Tarikh last segmen : 20 Januari 2016
Soalan cepu gangsa Si Chubby :
Apa impian korang yang sebenarnya? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu? Kalau tidak tercapai, apa korang akan lakukan ?
Okay apa impian saya eh? Nak satu ke , dua ke, tiga ke, enam impian? Hehehe. Okay lah banyak impian saya yang sebenar-benar nya. Nak kurus, nak ada kerja yang tetap, nak kahwin, nak ada anak-anak comel, nak hantar abi umi pergi Mekah menunaikan haji, nak jadi blogger terkenal, nak ada adsense, nak.. Haaa macam macam saya nak nii.
Tapi takpe, nak cerita semua impian saya kang, takut kena buat blog lagi satu sebab panjang sangat hahaha #lawakhambar.
Okayyy lah. Ni saya bagitahu impian saya yang saya nak accomplish dalam masa terdekat ni. Takdelah terdekat sangat. Tapi ni yang paling dekat di antara impian-impian yang lain.
Saya mengimpikan,
pada hari graduation
saya naik pentas
saya terima anugerah dekan
saya termasuk dalam kategori student first class
dan pada masa yang sama saya sedang menerima anugerah itu
umi abi di bawah pentas
mengalirkan air mata mereka
air mata kegembiraan
air mata kesyukuran
air mata kebanggaan
air mata kebahagiaan
kerana dapat melihat anak bongsu mereka berjaya
mendapat anugerah yang di mana orang lain sukar nak dapat.
Okay itu impian sayaa! Fuh hampir mengalir air mata den bila tulis impian sendiri ni. Hahaha. Tapi tak tahu lah. Tak tahu tercapai ke tak. Kena tunggu result sem ni dulu tengok macam mana. Kalau result sem ni lagi tinggi dari sem lepas, inshaaAllah boleh berharap lagi untuk merealisasikan impian ni. Kalau sebaliknya, kirim salam je lah kat impian ni. Kuikuikui.
Umi abi memang tak pernah minta saya untuk dapat first class dan tak pernah lah push saya gila gila, tapi saya tahu dalam sudut hati mereka yang paling kecil, mesti mereka mengharapkan saya mendapat result yang cemerlang time graduation nanti. Ibu bapa mana lah yang tak nak lihat anak mereka berjaya bukan?
Sooo sooo soo pray for me!
Oh tak habis lagi jawab soalan rupanya. Baru jawab fasa satu punya soalan hahaha. Okay kita teruskan ke fasa soalan kedua.
Apa usaha saya untuk mencapai impian ini? Usaha ye? Study, buat latihan, study group, tanya lecturer tu memang lah ada. Tapi yang saya dapat analisis la kan, semakin kau final year, semakin kau malas nak study. Hahahahha. Sekarang ni saya final year, sem depan will be the last sem for me. Kalau nak dibandingkan saya yang final year sekarang ni dengan first year and second year dedulu, memang berbeddaaaa sungguh hehe. Semakin menjadi 'kucing Garfield'. Haha malaaihhh bak hang. Mungkin faktor usia penyebab kemalasan berganda tu haha.
So, kalau impian yang ni saya tak tercapai, innalillahiwainnailaihirajiun sebab tak tercapai dan alhamdulillah kerana i know everything happens must be a reason. Allah knows the best. Result yang cemerlang sebenanrya sebab nak kejar kerja yang bagus dan gaji yang mantop. Tapi kalau saya dapat graduate dengan second class pun, saya dah sangat bersyukur. Kerja tu nanti inshaaAllah boleh dicari.
Rezeki tu Allah yang punya. Yang penting kita kena usaha dan berdoa. Ohyeahhh tetibe masuk fasa keempat --- > motivasi petang. Hahaha.
Okay then, thats all. Thats my salah satu impian. Wish me luck, pray for the best for me! :D
![]() |
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Okay cover duduk dengan ayunya sebab ketinggian tak berapa nak membanggakan haha |