Review Blog merahussain.com
Merahussain.com telah memenangi hadiah Review Blog Mini Birthday Giveaway by Miminadam yang telah di-sponsor oleh saya. Dah lama sangat bertangguh nak review blog ahkak cantek ni. Hehehe maaf ye kak mera :p
Jom kita tengok Blog merahussain.com ni!
Simple je kan? Kemas teratur dan simple. Kata kak mera, header blog tak siap lagi hehe. Takpe, kita tunggu sama-sama ye kemunculan header kak mera yang gojes gedebabom! :D
Siapa cik empunya blog merahussain.com ni?
Nama diberi Siti Amerahaniza Binti Hussain. Bak kata kak mera nama dia tak panjang pun. 1 harakat je. Hahaha. Panggil je beliau Mera. Kalau taknak panggil dia dengan nama Mera dia taknak kawan haha. Umur ... erm ce teka berapa umur kak mera ni. Kalau nak tahu, klik SINI! Katanya dah boleh kahwin dah dengan umur sekarang ni. Tapi boyfren pun takde. Katanya lagi, sekarang biar la single-single dulu, market tinggi sikit. Hahaha. Adeh. Kelakar betul kak mera ni. Penat sengih-sengih baca About Me di blog beliau.
Kak mera ialah ahli Kelab Blogger Ben Ashaari(KBBA). Seorang blogger yang suka hunt food a.k.a memburu makanan. Kalau klik dekat Tab Menu Foof Hunter di blog merahussain.com, macam-macam tempat makanan dah kak mera dah terokai dan review. Jadi, kalau nak tahu tempat makanan yang menarik atau sedap, boleh la check it out dekat blog merahussain.com ni. Klik je SINI. Tak rugi punya! Di bawah ini antara tempat kak mera dah pernah pergi dan review :)
![]() |
Ummiza Cafe |
![]() |
D'Laila Sup Power |
![]() |
Agehan Japanese Restaurant |
Jika dilihat dari entri blog merahussain.com ni, kak mera mula berkecimpung dalam dunia blogging ini pada tahun 2011. Kalau dilihat entri dulu dan dibandingkan dengan entri sekarang, memang sangat berbeza dari segicara penulisan terutamanya. Penulisan sekarang lebih matang dan cara penyampaian lebih baik. Penggunaan kata-kata pun lebih bagus.
Bagi saya, kak mera seorang blogger yang boleh dikatakan blogger yang bagus dan berani kerana telah menulis agak banyak Advertorial. Yela kalau nak bandingkan dengan saya, maksud Advertorial pun saya tak tahu, apatah lagi nak menulisnya haha.
Blog merahussain.com bagi saya simple, teratur, tak semak mata memandang which is bagus. Tapi kalau blog kak mera ada header, lagi bertambah cantik blog kak mera. Dan juga kalau kak mera banyakkan lagi entri kak mera pun best juga sebab saya suka baca entri kak mera yang sempoi dan tidak terlalu berat isinya. Lagi satu, lagi best kalau kak mera tambahkan atau banyakkan warna di dalam blog kak Mera. Mesti lagi meriah dan gojess gedevasss macam tu! Hehehe.
Okay itu sahaja review dari saya tentang blog merahussain.com. Jom singgah ke blog merahussain.com!