Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM)

$
0
0

Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM) 


Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK) & Rutin Sebelum Memandu(RSM)
Borang Penilaian Ujian Memandu Kelas A1/D (Motokar Manual) Bahagian II

Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)


RPK adalah memulakan pemeriksaan mengelilingi luar kenderaan, bergerak mengikut pusingan jam. Masa yang diperuntukkan untuk RPK adalah 5 minit. (Bila borang penilaian baru digunapakai)

RPK terbahagi pada 5 pemeriksaan:

1) PEMERIKSAAN KENDERAAN DI BAHAGIAN DEPAN
2) PEMERIKSAAN KENDERAAN DI BAHAGIAN TEPI SEBELAH KANAN
3) PEMERIKSAAN KENDERAAN DI BAHAGIAN BELAKANG
4) PEMERIKSAAN KENDERAAN DI BAHAGIAN TEPI SEBELAH KIRI
5) PEMERIKSAAN KENDERAAN DI RUANG ENJIN (membuka bonet kenderaan)



Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK)



RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK) – 22 ITEM


Posisi
Pemeriksaan - SENTUH, PANDANG & NYATAKAN "...."
HADAPAN KENDERAAN
1.   "CERMIN HADAPAN dalam keadaan baik/retak/…”
2.   "BONET HADAPAN dalam keadaan baik/kemek/..."
3.   "LAMPU HADAPAN KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/..."
4.   "LAMPU ISYARAT HADAPAN KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/..."
5.   "NO. PLATE PENDAFTARAN hadapan  XXX 1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah/..."
6.   "BUMPER HADAPAN dalam keadaan baik/pecah/..."
SISI KANAN KENDERAAN
7.   "TAYAR HADAPAN KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
4,8.   "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KANAN dalam keadaan baik/tidak pecah/..."
9.   "CERMIN PINTU HADAPAN DAN BELAKANG, KANANdalam keadaan baik/retak..."

#.   Buka pintu hadapan (pemandu) dan tarik tuil bonet hadapan, boot belakang.
#.   Tutup pintu 

7.   "TAYAR BELAKANG KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
BELAKANG KENDERAAN
1.   "CERMIN BELAKANG dalam keadaan baik/retak/..."
10.   "LAMPU BREK KE TIGA, LAMPU BREK & LAMPU BELAKANG KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/...".
4.   "LAMPU ISYARAT BELAKANG KANAN & KIRI dalam keadaan baik/pecah/..."
2.   "BONET BELAKANG dalam keadaan baik/kemek/..." (merujuk kepada penutup boot) 
5.   "NO. PLATE PENDAFTARAN BELAKANG XXX 1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah/..."
6.   "BUMPER BELAKANG dalam keadaan baik/pecah/...".
(RUANG BOOT)
#.   Buka bonet (pemeriksaan ruang boot)

11.   "Dilengkapi dengan SEGITIGA AMARAN
12.   "Dilengkapi dengan TAYAR GANTIAN, tekanan angin bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
13.   "Dilengkapi dengan TOOLS spana pembuka tayar/ pemutar jek/jek/jumper/…"

#.   Tutup bonet
SISI KIRI KENDERAAN
7.   "TAYAR BELAKANG KIRI  tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."
9.   "CERMIN PINTU BELAKANG DAN HADAPAN, KIRI dalam keadaan baik/retak..."
4,8.   "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KIRI dalam keadaan baik/tidak pecah/..."
7.   "TAYAR HADAPAN KIRI  tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar memuaskan/berkeadaan baik/..."

***.    Tempoh Sah Cukai Jalan - "Cukai Jalan masih sah tempoh sehingga nyatakan tarikh". *Hanya berkuatkuasa bila penggunaan borang penilaian baru.
HADAPAN KENDERAAN

(RUANG ENJIN)
#.   Buka bonet

14.   BATERI SEL BASAH dalam keadaan baik” – (buka salah satu penutup) - "paras elektrolit/air bateri mencukupi/tidak mencukupi..."
14.   BATERI SEL KERING dalam keadaan baik” – (jika ada penunjuk) - "warna penunjuk berwarna hijau/hitam/putih, bateri dalam keadaan baik/perlu dicaj/ditukar".
15.   (buka penutup)  “Paras AIR TANGKI SIMPANAN RADIATORmencukupi/tidak cukup.
16.   (buka penutup)  “Paras AIR TANGKI RADIATORmencukupi/tidak cukup.
17.   (picit hos) "HOS AIR dalam keadaan baik/retak/..."
18.   (cabut dipstick, bersihkan, masukkan semula, cabut semula)“Paras MINYAK PELINCIR/ENJIN mencukupi/tidak cukup”
19.   (tekan) "TALI SAWAT dalam keadaan baik/terlalu tegang/terlalu kendur"
20.   (buka penutup) - "paras MINYAK STEERING mencukupi/tidak mnencukupi..."
21.   (buka penutup) - "paras CECAIR BREK mencukupi/tidak mnencukupi..."
22.   (buka penutup) - AIR WIPER mencukupi/tidak mencukupi..."


#.   Tutup bonet

Rutin Pemeriksaan Kenderaan(RPK)
RUANGAN ENJIN VIVA


info maklumat RPK sumber dari : http://lp-services.blogspot.my/p/rutin-pemandu.html

Untuk makluman, pada hari kejadian ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta viva digunakan untuk RPK. Kereta kancil atau kereta viva digunakan ketika di litar. Manakala, kereta Axia digunakan ketika di jalan raya. Kereta viva dan kereta kancil lama memang klac dia tinggi. Saya haritu ujian JPJ dapat kereta kancil lama, saya dah lepaskan banyak klac tapi masih tak gerak-gerak lagi. Klac kena lepas banyak-banyak baru kereta jalan. Sabau jelah.

Rutin Sebelum Memandu (RSM)

RSM adalah satu rutin wajib yang perlu diamalkan sebelum memerlukan perjalanan. 

1. Masuk duduk dan brek tangan ditarik
2. Melaraskan tempat duduk
3. Menentukan kedudukan tangan dan stereng dengan selesa
4. Melaraskan cermin pandang belakang dan sisi
5. Memastikan semua penunjuk pada panel instrumen berfungsi dengan baik :
  • tolok bahan bakar
  • tolok suhu enjin
  • lampu amaran brek tangan
  • lampu amaran tekanan minyak enjin
  • lampu amaran bateri

Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Panel instrumen kereta Axia

Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Lampu amaran bateri axia


Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Lampu amaran tekanan minyak enjin axia



Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Lampu amaran brek tangan
Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Tolok bahan bakar axia
Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Tolok suhu enjin

6. Memastikan gear dalam keadaan bebas (N-neutral) atau berada dalam kedudukan 'P' bagi kereta auto
7. Menghidupkan enjin dengan menekan cekam atau brek
8. Memastikan peralatan berfungsi dengan baik :
  • lampu isyarat
  • lampu hadapan
  • lampu hazard
  • hon
  • pemancut air/pengelap cermin
  • takometer / RPM
Rutin Sebelum Memandu (RSM)
Takometer (RPM) axia


9. Menguji keadaan tali pinggang kenderaan (dengan cara menyentap tali pinggang keledar) dan memakai tali pinggang kenderaan.

Sebelum masuk ke jalan raya, kita akan buat RSM ni. Kalau kat litar, tak perlu pun lakukan RSM ni. Tapi tali pinggang kenderaan memang kena pakai la sentiasa. Masuk kereta je, terus pakai tali pinggang kenderaan. Tidak memakai tali pinggang kenderaan dikira kesalahan mandatori (kesalahan berat).


ujian JPJ


Semoga berjayaaa ujian JPJ! :D

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES