cara nak tahu lelaki suka perempuan
![]() |
credit to : kompasiana.com |
Persoalan "bagaimana nak tahu lelaki tu suka aku" , "apa tanda lelaki suka kita", "lelaki tu suka aku ke", "macam mana cara kenalpasti lelaki tu suka kat aku". Ramai yang nak tahu jawapan bagi persoalan-persoalan ini, termasuk la aku sendiri.
Semua lelaki sifatnya tak sama. Lelaki juga mempunyai taste yang berlainan pada perempuan. Orang ada kata, cantik itu subjektif. Jadi, definisi 'perempuan cantik' bagi seseorang lelaki juga berbeza. Begitu juga dengan cara lelaki suka perempuan pun berbeza-beza.
Di sini saya nak kongsikan dahulu tiga jenis lelaki yang terdapat di dunia ini.
![]() |
credit to : www.tumblr.com |
Jenis lelaki pertama : Suka perempuan secara diam-diam
Ni jenis yang susah kita nak tahu dan kenalpasti dia suka kita(perempuan) ataupun tidak. Sebab lelaki jenis ni dia tak tunjuk dan suka memendam perasaan dia sorang-sorang. Lelaki jenis ni sama ada dia perhatikan perempuan yang dia suka dari jauh sahaja atau berkawan seperti biasa. Ye, kawan lelaki yang biasa kita berbual-bual setiap hari kemungkinan suka dengan kita. Tapi janganlah sampai semua kawan lelaki yang berbual dengan kita dicop suka kita pula haha.
Jenis lelaki kedua : Suka secara terang-terangan
Ada lelaki yang terang-terangan menzahirkan rasa suka dia kepada perempuan yang dia suka. Lelaki jenis ni tak susah kita nak kenalpasti. Tapi hati-hati, kekadang lelaki jenis ni ialah jenis playboy dan tidak boleh dipercayai. Tapi tidak bermakna, semua lelaki yang berterus terang dia suka kita, tidak boleh dipercayai. Mungkin kita boleh ambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa latar belakang dia atau bertanyakan kepada kawan-kawan bagaimana sifat lelaki tersebut supaya tidak terjebak dengan lelaki jenis playboy.
Jenis lelaki ketiga : Mengusik/cari gaduh dengan perempuan yang dia suka
Lelaki jenis ni ialah jenis yang tak reti bagaimana hendak memulakan perbualan dengan perempuan yang dia suka. Boleh jadi juga, dia sengaja cari gaduh/mengusik kerana hanya dengan cara itu sahaja boleh membuatkan perempuan yang dia suka tu beri respons dan beri perhatian kepada dia. Tu orang dulu-dulu kata, jangan gaduh-gaduh sangat, nanti jatuh sayang haha. Dan juga, jangan benci sangat, nanti jatuh suka, siapa nak tanggung. Hehehe,
Cara nak tahu lelaki suka perempuan
1. Dari cara pandang
Pandangan marah. Pandangan benci. Pandangan meluat. Pandangan kasih sayang. Pandangan suka pun ada. Cara lelaki memandang perempuan yang dia suka dengan perempuan yang dia anggap biasa-biasa sahaja adalah berbeza. Macam mana nak kenalpasti lelaki pandang perempuan yang dia suka dengan pandangan suka? Haaaa perbezaan itu hanya orang lelaki sahaja yang tahu hehe.
2. Selesa berkongsi cerita
Lelaki akan berasa selesa untuk berkongsi cerita dengan perempuan yang dia suka. Selesa berkongsi masalah dan juga khabar gembira. Tidak segan silu meminta pendapat jika berada di dalam situasi yang sukar.
3. Mengambil berat
Kalau lelaki suka akan seseorang perempuan, dia mesti mengambil berat tentang perempuan tu. Bertanyakan sihat ke tidak, dah makan ke belum, macam mana kehidupan seharian, ada masalah ke tidak, apa yang suka, apa yang tidak suka. Dan tak semestinya pertanyaan-pertanyaan itu ditanya secara langsung kepada perempuan yang dia suka. Boleh jadi juga, dia tanya kepada kawan-kawan rapat perempuan tersebut atau memeriksanya dari laman sosial perempuan tersebut.
4. Cuba menjadi yang terbaik
Lelaki rasa hebat dan gembira bila dianggap serba tahu dan serba boleh dalam semua hal oleh perempuan yang dia suka. Dia cuba nak buat benda yang perempuan dia suka dengan baik dan sempurna. Apabila bersama dengan perempuan yang dia suka, dia cuba tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun sedikit. Lelaki juga bertindak sebagai leader kerana mahu dianggap cool dan macho dengan perempuan yang dia suka.
5. Mengingati latar belakang dan hal peribadi
Jika lelaki berusaha keras untuk mengingati hal peribadi kita seperti nama penuh apa, tarikh lahir bila, duduk mana, adik beradik berapa, nama mak apa,nama ayah apa, kampung kat mana dan lain-lain, berkemungkinan besar lelaki itu suka kita.
![]() |
credit to : molldy.hol.es |
Entri lain yang hits :