Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Kenapa saya kerap mimpi saya berlari?

$
0
0

kenapa saya kerap mimpi saya berlari?


Assalamualaikum semua!

kenapa saya kerap mimpi saya berlari?


Sebelum tidur, jom kita story story sikit jom. Dah tengok tajuk belum? Haaa itulah persoalan saya pada kali ini. Kenapaa saya kerap sangat bermimpi saya berlari-lari dengan laju, ringan dan bebasnya.


Serius banyak kali. Tapi dalam situasi dan keadaan yang berbeza lah. Ada satu tu saya lari macam dekat tepi swimming pool. Ada satu tu macam dekat taman tasik,macam tengah jogging.

Saya masa lari tu rasa macam best je. Sebab lari dengan tiada halangan. Rasa ringan je badan nak lari (walhal dengan badan sekarang ni mesti rasa agak berat,banyak lemak haha). Rasa tak penat pun lari laju-laju. 

Banyak kali bermimpi saya tengah lari dan bila sedar dari mimpi tu, saya boleh ingat. Kan kita kekadang jarang ingat mimpi kita setelah sedar dari tidur kan. Tapi kebanyakan mimpi saya berlari, saya boleh ingat. Dan lepas itu, saya termangu. Sekali dua mimpi berlari tak heran sangat, tapi bila dah agak banyak kali buat kan saya tertanya-tanya lah jugak kan.


Feeling bestnya lari dalam mimpi tu sampai saya sanggup beli kasut sukan sebab nak jogging. Tapi dari haritu beli, tak jogging pun lagi. Bawak keluar bersiar-siar je hahaha.

Tapi takdelah setiap hari mimpi berlari je. Kang penat pulak den lari je hahaa. Cuma agak kerap la.

And i dont know why.

Dan mungkin itu hanya mainan tidur sahaja kan. 

Mungkin dan mungkin dan mungkin. Segala kemungkinan boleh difikirkan. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya.

Okay lahh. Tak berapa nak sihat ni. Den tidur dulu. Goodnite. Wassalam :)




Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993