Tips elak kena ikut belakang oleh jurujual
Tips elak kena ikut belakang oleh jurujual:
"Ya, nak cari apa?"
"Saya nak cari ketenangan. Boleh beri ruang sikit tak?"
Haaa #deep ko.
Tapi memang serius rimas dan annoying bila jurujual asyik nak ikut kita je semasa pilih-pilih barang. Rasa macam tak selesa je nak beli. Kalau duduk diam kat belakang kita, takpe jugak. Ni duk soal macam-macam. Promote barang ni la, promote barang tu la. Kita nak tengok-tengok ni pun hailaaa~ "boleh tak stepler mulut tu kak?" Hahahhaa.
Tapi mungkin memang dah prosedur memang camtu kan. Kena ikut pelanggan yang beli tu. Tapi kalau boleh jangan lah sampai meragut ketenangan dan keharmonian pelanggan tu nak membeli kan. Di manakah hak sebagai pelanggan?! #tetibe
Korang kalau kena ikut oleh jurujual dari belakang, korang buat apa dan korang ghaseee? Kalau saya, saya jenis yang selagi dia tak potpetpotpet, saya boleh bertenang lagi. Tapi kalau dah asyik membebel itu ini dekat saya, saya cuba buat muka se-annoying dan tak selesa yang mungkin hahaha. Niat di hati nak beritahu~ "excuse me, saya rimas dengan awak. Tolong tepi sikit. Jangan sampai saya nyanyi lagu tepi sikit by sleeq haaa~" Okay tapi dalam mimpi jelah. Kena hormat orang yang lebih tua juga kan hahaha.
Kbai. Wassalam :)