Bacaan IPU di UPM sudah mencapai 250!
Pagi tadi pergi kuliah pukul 9.30 terkejut den asap agak tebal.Jerebu agak kuat, tak sangka rupanya IPU UPM pagi tadi mencecah 220. Dah lah tak ada mask. Puasa lagi tu, tak boleh nak minum air. Kering mulut den hahaha. Dugaan~
Petang tadi dapat tahu pula IPU UPM dah capai 250, kuliah semua ditangguhkan esok. Saya memang tak ada kelas pun esok. Kelas ganti je ada. Kelas ganti esok telah ditangguhkan ke hari khamis gituwww~
[Penangguhan kuliah pada 19 Oktober - 20 Oktober 2015 akibat masalah jerebu]
Perhatian kepada semua pelajar UPM!
Merujuk kepada Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Index IPU pada jam 1 tengah hari telah mencapai bacaan 250 dan dijangka akan meningkat lagi.
Sehubungan itu, Naib Canselor UPM, Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi b. Hj Ramlan telah bersetuju untuk menangguhkan kuliah / ujian dan semua aktiviti luar mulai hari ini, 19 Oktober 2015 (Isnin) jam 2.00 petang sehingga esok 20 Oktober 2015 (Selasa).
Mohon semua pelajar ambil kesempatan ini untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat dan sentiasa menjaga kesihatan.
Sekian, untuk makluman dan terima kasih
-facebook Universiti Putra Malaysia.
Sama-sama lah kita jaga kesihatan naa~ banyakkan minum air ye ;)
Daaa~wassalam.