Cara Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula
Semalam terima satu message ni di group whatsapp family. Harapnya sahih lah. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuklah kanser.
![]() |
gambar hiasan (credit to : www.merdeka-online.com) |
Bagaimana nak pastikan jika minyak masak adalah kitar semula?
Cara nak pastikan minyak masak adalah kitar semula atau tidak mudah sahaja. Caranya letakkan minyak masak dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam. Kalau ada buih keputihan atau berbuih, jadi kita tahu minyak tu dibuat dari minyak buangan kitar semula
Cara Senang Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Asli Bukan Kitar Semula
Masukkan seulas bawang putih bila goreng sayur-sayuran. Jika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun. Bawang putih akan kekal putih jika minyak berkualiti baik.
Haaa mudahkan dua cara ni untuk pastikan minyak masak tu asli atau kitar semula. Tapi rasanya saya biasa masak guna minyak masak di rumah takdelah pulak bila goreng tu jadi merah. Jadi agak-agak hitam ada lah. Hangus! hahahahaha.
Okay selamat menge-test!
Daa~wassalam :)