Boleh ke buat pembedahan buang tahi lalat?
Petang semalam tengok TV astro Al-Hijrah ada rancangan bicara mufti. Dr Zulkifli yang bagi ceramah semalam.
Lepas tu ada satu sesi Q&A ni. Antara salah satu soalan dia ialah "Boleh ke buat pembedahan buang tahi lalat?"
Ustaz Zulkifli pun jawab laa boleh buang tahi lalat jika tahi lalat tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Jika tiada kemudaratan kesihatan, tidak boleh bedah buang tahi lalat kerana tahi lalat itu ialah kurniaan Allah kepada manusia (natural beauty). Tahi lalat jugak kata Ustaz ialah pemanis muka dan membawa seri kepada muka.
Saya pun rasa orang yang ada tahi lalat di muka manis je. Cantik je. Takdelah buruk beno tahi lalat tu kan sampai ada orang ejek-ejek kan. Ke ada? Kalau ada yang ejek-ejek tahi lalat manis kita, buat dunno je. Dengki la tu. Jealous la tu. Cemburu la tu hahaha. Avoid the negativity :D
Ada lagi satu soalan ni tau~
"Perlu ke ganti puasa bagi orang tua kita yang nyanyuk?"
Jawapan : Tak perlu ganti puasa jika sudah bayar fidyah. Bayaran fidyah - satu cupak berasa satu hari.
Sekian wassalam :)
Entri lain yang menarik :