Sekolah diarah tutup pada Isnin dan Selasa oleh PM di Twitter adalah palsu
![]() |
credit : www.astroawani.com |
Tadi tengah-tengah blogwalking, tiba-tiba handphone berbunyi menandakan message masuk. Tengok-tengok abang ipar hantar gambar di group family whatsapp - semua kakitangan kerajaan dan swasta di Selangor KL Putrajaya Seri Aman Negeri Sembilan dan Samarahan ditutup pada Isnin 28 Sept akibat jerebu -KPM
Whoaaa best gilosss! Okay tapi isunya bukan gambar itu.
Selepas terima gambar tu, terdetik la nak pergi laman web Astra Awani sebab nak check ada info-info baru tentang jerebu ni kan. *sebenarnya mengharapkan berita UPM cuti!hahahaha*
Lepas tu, di laman web Astro Awani nampak la berita terkini kat tepi tu tentang berita palsu penyebaran arahan sekolah ditutup pada Isnin dan Selasa oleh PM di Twitter. Saya terkejut! Woww serius palsu? Adoiii macam mana la boleh ada orang main-main macam tu. Dan kata Pejabat Perdana Menteri(PMO), mereka juga akan menyiasat siapa yang menyebarkan info palsu tersebut.
Banyak lagi ceritanya. Nak tahu cerita penuh, boleh lawat laman web Astro Awani ye :)
Haih sekarang ni macam-macam kan. Info yang serius macam tu boleh dibawa main. Orang pun sebarkan ingat kan berita betul. Bila jadi macam ni kan susah. Fitnah berleluasa. Akhir zaman. Subhanallah.