JANGAN SEBARKAN GAMBAR ANAK LISA SURIHANI&YUSRY YANG TAK BENAR
Ehem, sebenarnya malas nak tulis entry banyak sangat pasal artis ni. Tapi bila tengok ada sesetengah blogger atau pihak lain yang cuba mendedahkan gambar anak lisa surihani&yusry abdul halim tu... yang saya rasa...betul ke? Sahih ke? Dari mana sumber nya?
Sesetengah pihak kadang-kadang memang sengaja cuba mencari populariti atau untuk menaikkan trafik blog, sanggup membuat entri memuat turun gambar anak lisa surihani&yusry halim tanpa sumber yang tidak tepat dan dipercayai.
Saya yakin gambar anak lisa surihani dan yusry halim belum lagi didedahkan kerana :
1) Setahu saya, Lisa Surihani & Yusry belum memuat turun gambar anak mereka pun di mana-mana laman sosial mereka. Saya dah check dah. Kat instagram mereka takde, twitter takde, facebook takde. Jadi, dari mana datang nya foto anak Lisa&Yusry tu padahal Lisa&Yusry pun tak memuat turun gambar bayi mereka lagi. Okay ada logik tak di situ?
2) Lagi satu, bila selongkar lagi. Terbaru, ada dapat satu berita dari portal mStar Online(sumber yang boleh dipercayai), Lisa mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap insan yang mendoakan beliau tetapi sekarang ini beliau meminta untuk diberikan ruang sedikit dengan keadaan yang baharu dan belum bersedia untuk ditemu ramah.
Harap faham buat masa ini Lisa dan Yusry belum boleh bagi kenyataan atau interviu. Harap-harap dapat diberi ruang untuk kami “adjust” diri dulu dan kemudian kami akan maklumkan kepada pihak media. -Lisa Surihani
3) Viral kononnya gambar di bawah ini ialah anak Lisa&Yusry sangat tidak betul kerana Lisa Surihani sendiri menegur memberitahu bahawa itu bukan anak beliau di instagram OFFICIAL beliau.
![]() |
Lisa Surihani menegur dua gambar di atas sana tidak sahih mengatakan itu anak beliau. sumber : beautifulnara |
Sekian tu jelah nak habaq hahaha. Jadi makanya kalau nak buat sesuatu entri atau memuat turun gambar yang berkaitan dengan hal orang ni, kena lah tahu kesahihan sumber berita nya. Jangan semata-mata nak tarik orang nak baca blog kita, kita pun buat entri yang tak tahu pun kesahihannya. Sebab takut jadi fitnah pula. Nanti kat akhirat kita yang kena menjawabnya. Sekiannn. Maaf jika ada yang terasa hati dengan entri ini.
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah. K daa~wassalam :)