TIPS! cara jika barang Shopee tak sampai tapi tulis item delivered/ stuck lambat sampai | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pernah tak order barang melalui Shopee tapi barang lamaaaa sangat stuck di satu satu tempat (parcel is in transit .....). Payah bebeno nak sampai ke tangan kita. Tengok kat tracking number, barang pos tu dah pun sampai dekat dekat dengan area kita atau macam dah on the way ke tempat kita (parcel has been arrived at ..... / parcel has been departed to .....) tapi tak gerak gerak pun, tak sampai pun. Ada juga kes yang bila kita check status dalam sistem, dia tulis situ item has been delivered tapi aik? Tak ada pun parcel di luar rumah/ pejabat?
So.. macam mana ni? Dah kena tipu dengan pihak courier atau kita yang tak perasan posmen poslaju/ J&T/ Shopee Express/ etc hantar barang? Apa nak buat jika kita mengalami hal tersebut?
Ada sorang hamba Allah ni share di twitter cara mudah dan berkesan untuk settle kan kes kes seperti di atas. So, kepada buyer (customer) and seller Shopee, take note tau! Lets!
TIPS! Guna cara ini jika barang pos (Shopee) tak sampai tapi item delivered & stuck lama
Ditulis oleh MyJoe Store (@myjoe_)
Barang tak sampai tapi dalam sistem bagitau item delivered atau barang stuck lama tak sampai-sampai. Apa nak buat?
Barang takda tapi sistem bagitau dah delivered.
First sekali check kat luar rumah maybe terselit ke, courier letak dalam post box, dalam bakul motor, bawah kereta. Tanya family atau kawan kawan jiran jiran ke. Kalau confirm takda proceed ke next step.
Untuk barang yang stuck lama tak gerak. Korang kena pastikan lebih dari tarikh penghantaran yang sepatutnya. (Date warna hijau tu). Baru boleh guna cara ni.
Lepas tu korang relaks dan tenang. Tak perlu bergaduh dgn seller sebab bukan salah seller.
Just click Return/Refund.
Click “Did not receive the order” lepas tu isi description yang sesuai. Tulis panjang pun okay. Kemudian send.
RETURN/REFUND REASON - Did not receive the order
Contoh ayat:
Saya tidak menerima barang. Saya sedang kuarantin. Kenapa nama penerima tu nama saya?! Saya tengah kuarantin. Ambil gambar pun gegar. Tak nampak apa apa. kenapa tak hantar pada alamat yang saya bagi, iaitu alamat pejabat. Dia hantar pada siapa?!
Mana mana sellers yang faham dia akan tenang dan click “dispute” dan click “I have shipped the items and have proof of shipment”.
Lepas step ni pihak shopee akan masuk dan check dengan pihak courier.
Biasanya ambil masa dalam 2-3 hari. Kalau shopee senyap korang boleh say hi atau minta diorang update kat ruangan discuss tu. Ni antara contoh reply dari Shopee.
Kesimpulannya:
Kalau barang tak terima dalam tempoh yang diberi boleh je request refund terus. Nanti seller memang akan dispute. Tapi shopee akan siasat. Kalau barang pending lama shopee akan push courier. Tapi kalau barang memang terbukti hilang, shopee refund buyer dan seller.
Beli 9 July, seller dah send 9 July. Lepas tu customer nak minta refund. Mmg shopee reject sebab barang dah shipped out.
Sekarang salah courier bukan seller. Tunggu apa kata shopee, apa boleh buat hanya tunggu dan follow up dan seller dah buat apa yang patut.
Ini satu tips: untuk barang yang mahal, senang pecah, banyak, atau korang terima parcel yang kemek, ada kesan koyak, saiz lain dari yang sepatutnya please record video masa unboxing. Senang nak claim atau report nanti.
Q: Kalau dapat incomplete set boleh request partial refund ke? to cover extra expenses spent untuk beli spare part for the incomplete set.
A: Ya memang itu yang sepatutnya click refund untuk items yang tak dapat atau refund amount yang sepatutnya. Tak perlu bergaduh. Yang penting ada bukti.
Moga bermanfaat!
Till next time, daa~ wassalam! :)