Asal usul Hari Pekerja 1 Mei adalah hari lawan majikan?
Ditulis oleh: Ayman Rashdan Wong
Ramai ingat cuti umum Hari Pekerja 1 Mei adalah tanda penghargaan majikan kepada pekerja.
Sebenarnya asal usul Hari Pekerja adalah hari lawan majikan.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei adalah hari lawan majikan |
Kenapa 1 Mei ditetapkan sebagai Hari Pekerja?
Sebab ia adalah untuk memperingati Peristiwa Haymarket yang berlaku di Chicago, US pada 4 Mei 1886.
Pada abad ke-19 di US, ekonomi kembang dengan pesat akibat Revolusi Industri Kedua 1870-1910.
Pekerja (buruh) di kilang bekerja non stop, termasuk wanita & budak kecil.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei adalah hari lawan majikan |
Waktu tu tak ada konsep pendidikan wajib, anak-anak kecil keluarga miskin pun kena bekerja untuk menambah mata pencarian.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei adalah hari lawan majikan |
Buruh-buruh tak dapat complain sebab kapitalis (pemilik kilang) besar seperti Rockefeller, Vanderbilt, Carnegie & JP Morgan bukan saja menguasai ekonomi malah menguasai politik.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei adalah hari lawan majikan |
Kesedaran hak buruh bermula di Eropah di pertengahan abad ke-19. Tokoh-tokoh seperti Karl Marx (bapa komunisme & sosialisme) menyedarkan buruh bahawa mereka adalah pencipta kekayaan yang sebenar, "hasut" buruh untuk bangkit menggulingkan kapitalis.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei adalah hari lawan majikan |
Marx juga antara yang mempelopori idea waktu kerja yang terhad, dan ideanya mempengaruhi International Workingmen's Association (IWA) pada tahun 1866 untuk perjuangkan waktu kerja 8 jam.
1/3 hari untuk bekerja, 1/3 hari untuk tidur, 1/3 hari untuk "me time".
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei adalah hari lawan majikan |
Bila idea tu sampai ke US, buruh pun mula lawan kapitalis, mogok tuntut 8 jam waktu rehat & kenaikan upah.
Kapitalis selalunya akan guna kekerasan, samada pakai private guard atau panggil polis untuk suraikan mogok.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei |
Peristiwa Haymarket terjadi apabila buruh kilang McCormick Harvesting Machine berpiket di Medan Haymarket untuk membantah tindakan polis menembak mati seorang buruh pada hari sebelum yang tuntut rehat 8 jam. 3000 buruh turun mogok.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei |
Tapi tiba tiba bom meletup menyebabkan kekecohan, polis menembak ke arah buruh, menyebabkan seorang terbunuh.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei |
4 ketua buruh dituduh sebagai dalang kejadian bom dan dihukum gantung.
Pada tahun 1893, baru kerajaan tempat mengaku bahawa polis menerima rasuah untuk mencipta kekecohan supaya dapat suraikan mogok.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei |
2 tahun selepas Haymarket, American Federation of Labor menetapkan 1 Mei sebagai tarikh peringatan tragedi. Buruh bekerja 8 jam saja sebagai tanda protes.
Tahun seterusnya (1889), Second International (gabungan sosialis sedunia) juga menetapkan 1 Mei sebagai International Workers Day.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei |
Sebab itu Hari Buruh ada citra sosialis yang kuat.
Di Malaysia zaman Tunku (1957-1970), Hari Buruh tidak digalakkan sebab kerajaan takut Hari Buruh akan galakkan fahaman komunisme.
Keratan Berita Harian 1960/02/25. "Sudah banyak sangat hari kelepasan". Amboi.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei |
Hanya bermula tahun 1972, baru Hari Buruh diwartakan sebagai cuti umum sebab Tun Razak (1970-1976) lebih terbuka kepada gerakan buruh.
Keratan Berita Harian 1972/05/21.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei |
Tun Razak terpengaruh dengan fahaman sosialisme mazhab Fabian (sosialisme non-violent) semasa belajar di London. Siap join Labour Party.
Sebab itu Tun Razak sangat peka dengan keadilan ekonomi & hak buruh, dan ada banyak simbolisme sosialis dalam dasarnya - "RED book", "NEP".
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei |
Hari ini Hari Buruh dah transform jadi "Hari Pekerja", golongan kolar putih yang selesa duduk ofis pun boleh bercuti sekali.
Di luar negara sosialis & komunis masih mengadakan piket besar-besaran.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei |
Anda (termasuk aku) mungkin bukan seorang leftist atau sosialis, tapi tak dapat dinafikan ideologi kiri telah banyak menyumbang kepada kebajikan & kesejahteraan pekerja.
Orang yang bijak tak akan terikat dengan kiri, kanan, tengah tapi memilih apa yang terbaik.
Tammat.
![]() |
Asal usul Hari Pekerja 1 Mei |