PENGASAS DNARS SKINCARE MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Tadi tengah khusyuk saya sapu sampah di bilik, terdengar berita Astro Awani: "pengasas Dnars skincare meninggal dunia akibat kemalangan kereta di Pattani, Thailand". Innalillahiwainnailaihiraji'un~ Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.
![]() |
pengasas dnars meninggal dunia akibat kemalangan di pattani, Thailand. |
Nama pengasas produk kecantikan Dnars kosmetik yang cantik berhijab adalah Faziani Rohban. Kemalangan kereta tersebut terjadi dalam perjalanan untuk menyerahkan duit zakat kepada anak anak yatim di Pattani. Allahu.. Suaminya juga turut terbabit dalam kemalangan jalan raya tersebut.
Sahabat baik arwah iaitu Datuk Seri Aliff Syukri sempat ditemuramah sebentar tadi melalui panggilan telefon di berita Awani dan berpesan kepada kita supaya jangan meratapi pemergian kak Faziani.
Moga dengan keberkatan bulan mulia ini, moga arwah dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan yang beramal soleh Aamiin Ya Rabbal 'alamin.