Niat Puasa Sebulan Ramadhan Sekaligus vs Setiap Malam | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Setiap kali bulan Ramadhan tiba, antara persoalan yang orang kerap tanya "boleh ke niat puasa sebulan sekaligus? atau kena niat setiap hari?". Yela kan, ada orang yang lebih suka niat puasa bulan Ramadhan satu bulan sekaligus kerana takut terrrrrlupa untuk berniat di malam harinya. Tapi kemusykilan tercertus apabila ada yang pelik.. habistu kalau perempuan yang niat puasa sebulan Ramadhan sekaligus tapi sebenarnya dia tak puasa full pun (because of period) .. ha macam mana pula? Adakah kena perbaharui niat selepas suci daripada darah haid pula?
Bagaimana pula dengan wanita mengandung mahupun orang yang uzur sakit yang telah berniat puasa satu bulan Ramadan dan terpaksa berbuka puasa bagi mengelakkan daripada mudarat kesihatan? Adakah masih valid 'niat puasa' tersebut?
Okay apa apa pun, permasalahan mahupun persoalan berkaitan agama ni, better kita rujuk pendapat para ustaz, ulama dan especially para mufti yang lebih banyak ilmu di dada berbanding kita.
Niat Puasa Sebulan Ramadhan Sekaligus vs Setiap Malam - Apa Kata Mufti WP?
![]() |
Niat Puasa Sebulan Ramadhan Sekaligus vs Setiap Malam |
Pendapat para ulama' telah terbahagi kepada DUA:
1. Boleh diniatkan terus sebulan berpuasa.
- berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.
2. Perlu memperbaharui niat pada setiap malam.
- ia tidak terikat antara satu sama lain (dengan hari lain-lainnya).. Puasa pada hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak.
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan) beri kesimpulan bahawa:
Boleh berniat sekaligus untuk berpuasa selama sebulan di permulaan niat. Maka, tiada masalah untuk melakukannya sebagai langkah berjaga-jaga dan hendaklah seseorang itu juga berniat pada setiap malam.
BOLEH BACA PENJELASAN PENUH FATWA MUFTI KHAS RAMADHAN: NIAT PUASA SETIAP MALAM ATAU NIAT 30 HARI SEKALIGUS? di SINI.
BOLEH BACA PENJELASAN PENUH FATWA MUFTI KHAS RAMADHAN: NIAT PUASA SETIAP MALAM ATAU NIAT 30 HARI SEKALIGUS? di SINI.
![]() |
Niat Puasa Sebulan Ramadhan Sekaligus vs Setiap Malam |
Haa kan senang cerita. dua dua buat hahaha. tak pening kepala nak fikir hukum, boleh ke tidak, kan? Settle problem hehe.
Okayy.. selamat berpuasa semua!
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan. Ramadan Kareem!
Daa~ wassalam! :)