KETAHUI SYARAT TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI JPA
Pelajar-pelajar boleh mengemukakan tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya telah memenuhi syarat-syarat berikut :
1) Membuat permohonan dengan mengisi borang Tuntutan Elaun Latihan Amali (boleh didapati di HEP tempat pengajian). Sila catatkan rujukan fail JPA (No. KP)
*Nota : Hanya untuk latihan amali di dalam negara(Malaysia) sahaja
*Nota : Hanya untuk pelajar tajaan JPA SAHAJA
2) Permohonan tuntutan hanya boleh dibuat selepas Latihan Amali tamat dilaksanakan (selewat-lewatnya dalam tempoh 1 bulan sebaik tamat tempoh latihan)
3) Permohonan tuntutan perlu dihantar segera sebaik tamat Latihan Amali - bayaran hanyalah untuk semester semasa sahaja. Kelewatan pelajar di dalam mengemukakan tuntutan tersebut akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses.
4) Surat pengesahan (dengan 'letter head' majikan), cop dan tandatangan majikan tempat pelajar membuat Latihan Amali (pengesahan di dalam jumlah hari kedatangan - sertakan salinan kad perakam waktu / pengesahan kedatangan yang disahkan oleh majikan jika ada)
5) Maksimum hari yang boleh dituntut untuk Latihan Amali ini ialah 90 hari bekerja sahaja (tidak termasuk cuti hujung minggu , cuti-cuti umum atau hari kelepasan am)
6) Jarak tempat Latihan Amali dengan tempat pengajian hendaklah melebihi 25 km (sekiranya Latihan Amali dibuat di universiti masing-masing, tuntutan tidak layak dibuat) - jika kurang tidak akan dipertimbangkan sama sekali.
7) Bagi pelajar yang menjalani Latihan Amali di Jabatan / Agensi Kerajaan, perlu membuat tuntutan kepada majikan sendiri (RM15.00 sehari oleh majikan -rujuk surat edaran Bil. 10 Tahun 2011) - sekiranya tiada elaun , wajib sertakan surat pengesahan majikan ('letter ehad' majikan) memaklumkan tarikh mula ,tarikh tamat dan pengesahan bahawa tiada elaun diberikan sepanjang tempoh Latihan Amali
8) Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat di atas sahaja yang akan diproses.
Nota : Tak dapat nak tuntut sebab jarak tempat LI dengan rumah tak sampai 25 km pun! Hahaha. Nasib baik la dapat elaun dari tempat praktikal :p