Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT | Legend katanya?

$
0
0
Kuih Kayu Keramat Terengganu | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Wah wahh menu apa nii? Kuih kayu keramat terengganu a.k.a kayu kamat/ khamat! Ada juga yang panggil roti keramat. Ada juga yang gelarkan kayu hitam. Ada yang menganggap kuih tradisional terengganu kayu keramat ni adalah kuih legend ganu? Betul kah?
RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
Secara jujurnya, first time saya tahu pasal kuih kayu keramat ni. Sebelum ni tak pernah dengar (apatah lagi jumpa haha). Al-maklumlah bukan lahir atau tinggal di Negeri Terengganu, thats why taktahu menahu. Baru-baru ni ada jumpa di Facebook. Ingatkan cakoi.. rupa rupanya kayu keramat. Ehh? Macam sama tapi tak serupa!


Apa Beza Cakoi dan Kuih Kayu Keramat Terengganu?


Kalau sekali pandang luaran 'fizikal' kedua-dua kuih ni, memang sebijik sama. Tapi berdasarkan apa yang saya baca di Google, beza antara cakoi dengan kayu keramat ialah teksture kuih kayu kamat lebih padat, mampat dan berat. Dalam dia ada 'isi'. Berbanding dengan cakoi, cakoi lebih ringan dan lembut. Dalam dia kosong & lompong. Gituwww~
RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
dalam kuih kayu keramat lebih padat dan 'berisi'
Dulu masa kecil kecil saya memang suka sangat dengan cakoi sebab ada satu gerai yang menjual cakoi sedap giloss berhampiran rumah. Tapi kayu keramat tak pernah lagi makan. Jejak ke ganu pun tak pernah, acamno nak rasa hahaha.

Tapi incase ada yang nak try kuih keramat ni, here the resepi for youuuu~

RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAMAT

RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
Ingredients/ Bahan bahan:

5 cawan tepung
1 sudu kecil yis
Secubit soda bikarbonat
1 1/2 gelas air suam
1 gelas gula
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Directions/ Cara cara memasak:

1. Kacau gula dalam air suam

2. Masukkan yis dan gaul sebati

3. Tambah telur dan sebatikan

4. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan gaul sedikit-sedikit dengan campuran tadi menggunakan senduk sehingga habis dan sebati

5. Biarkan sehingga adunan naik 2 kali ganda

6. Tarik adunan sedikit-sedikit mengikut bentuk yang dikehendaki dengan menggunakan senduk dan goreng dengan api sederhana

7. Bila sudah kuning keemasan, angkat dan toskan
RESEPI KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
KUIH KAYU KERAMAT TERENGGANU/ KAYU KAMAT
Nampak macam sedap kannn? Katanya.. lagi sedap kalau kuih kayu keramat ni cicah dengan air kopi panas atau sambal ikan bilis.

Waduh waduhh teringin betul nak rasa kayu kamat ni. Hmmm mana nak cari nih. Nak buat malas kahkahhhh walaupun resepinya nampak macam simple aje.

Okay selamat mencuba! Sesiapa yang dah berjaya buat, boleh la pos seketul dua kat saya ye hahahah.

Daaa~ wassalam!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


From Male to Female


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Smile Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.