Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - adakah ianya najis? halal atau haram dimakan?

$
0
0
Terjumpa helaian akhbar (bertarikh Mac 2018) yang membincangkan tentang hukum memakan pasi (dakwat) sotong. Aikk.. awat pasal pasi sotong pun boleh ada pertikaian? Kenapa tiba tiba boleh muncul pula persoalan tentang status halal haram dakwat sotong ini?

Ianya berpunca daripada kenyataan viral seorang pelayar di media sosial Facebook yang menyifatkan pasi sotong adalah najis dan menjatuhkannya sebagai haram. Pelayar tersebut menjelaskan pasi sotong sebagai najis yang tidak boleh dimaafkan jika banyak, namun sebaliknya dimaafkan jika kuantitinya sedikit. Pelayar terbabit juga berkata ada mufti dan fatwa mengharuskan, walhal Kitab Fiqh Mazhab Imam al-Syafie mengharamkan kerana ia najis.

Ohh really? Seriously? Betul kah apa yang diperkatakan oleh pelayar tersebut? So, apakah yang sebenarnya? Boleh makan ke tak sotong yang ada pasi (dakwat)? Haram atau halal dimasak dan dimakan?

Tiba-tiba saya jadi curious pula nak baca keseluruhan artikel walaupun saya bukan lah peminat tegar sotong & tak pernah pun makan dakwat sotong haha.
HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - adakah ianya najis? halal atau haram dimakan?
HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - adakah ianya najis? halal atau haram dimakan? | credit image: Harian Metro


HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - adakah ianya najis? halal atau haram dimakan?

HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG mufti
HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG - MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
By: Mufti Wilayah Persekutuan

Berdasarkan pandangan ulama, pihak ulama lebih cenderung berpandangan memakan sotong adalah diharuskan begitu juga dengan pasinya. kerana ia sebahagian hidupan laut.

Dalam konteks pasi sotong, ia sebahagian anggota sotong yang boleh dimakan dan diambil manfaat daripadanya kerana tiada sebarang nas syarak yang jelas melarang memakannya.

Sehubungan itu, ia tertakluk kepada asal sebagaimana kaedah Fiqh yang menyebut berdasarkan kepada nas umum yang din bermaksud 'asal pada sesuatu adalah harus sehinggalah terdapatnya dalil yang mengharamkannya.'

Justeru, masakan sotong beserta pasinya juga adalah sejenis masakan yang telah sedia maklum menjadi uruf setempat. Oleh itu, ia dikira sebahagian daripada uruf yang diiktiraf pada kaca mata syarak sebagaimana kaedah menyebut maksudnya 'Adat setempat yang dijadikan sebagai hukum'.

Oleh itu, dengan mengambil kira faktor ini, memakan pasi sotong bukanlah ia sesuatu yang kotor dan menjijikkan, malah ia telah menjadi uruf setempat sesebuah masyarakat meskipun tidak diterima masyarakat lain.

Para ulama berbeza pandangan, antaranya sesetengah ulama Mazhab Hanafi menjatuhkan hukum memakan sotong sebagai haram kerana bukan tergolong daripada jenis ikan.

Berdasarkan hujah ulama-ulama tersebut, kami mengqiyaskan habitat sotong sama seperti tikus kerana sotong memakan semua jenis makanan sama ada baik atau kotor di dalam laut dan apabila tikus diharamkan, maka tikus laut (sotong) juga diharamkan.

Qiyas kedua bagi ulama Mazhab Hanafi tersebut ialah sotong mempunyai dakwat hitam yang kotor, sehubungan itu memakan sotong adalah haram.

Namun begitu, ia bukan pandangan majoriti mazhab ini, bahkan terdapat sebahagian ulama Mazhab Hanafi yang mengharuskan makan sotong.

Dalam Mazhab Syafie pula, hukum memakan sotong adalah harus dan ia sebahagian daripada haiwan laut yang diharuskan untuk dimakan.

SUMBER: Al-Kafi Li Al Fatawi ke-464: Hukum Makan Dakwat Sotong, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga kita semua lebih jelas selepas mendengar pencerahan fatwa dari Mufti  di atas inshaaAllah. Moga bermanfaat!

Daa~ wassalam! :)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


From Male to Female


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Smile Quotes


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.