Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA

Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Baru baru ini saya ada terima satu email berkaitan dengan makluman bahawa tempoh sah laku pendaftaran bagi permohonan jawatan SPA saya bakal tamat pada bulan depan. So.. I have to perbaharui permohonan tersebut. Jika tidak... expired (luput) lah. Senang cerita, hilang lah segala application saya dalam SPA jika tidak dikemaskini dan hantar permohonan baru.

Email yang saya terima tersebut berbunyi:

Tempoh Sah Laku Pendaftaran Bagi Permohonan Jawatan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan akan tamat tempoh dalam masa sebulan lagi iaitu pada 21/08/2018. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya tuan/puan memperbaharui permohonan jawatan tuan/puan untuk mengelakkan tuan/puan terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga selepas tamat tempoh sah laku pendaftaran.

3. Sila log masuk ke Sistem SPA8i (http://www.spa.gov.my/web/guest/pautan-borang-spa8i) dan kemaskini permohonan tuan/puan dan hantar Pengakuan Pemohon supaya pendaftaran tuan/puan boleh diproses semula. Sila pastikan tarikh daftar dan senarai jawatan dimohon adalah yang terkini di menu Semakan Permohonan.

4. Sila abaikan emel peringatan ini sekiranya anda tidak berminat meneruskan permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam atau telah pun dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Sekian, terima kasih.

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Malaysia.

Saya pernah sekali kemaskini dan perbaharui permohonan di SPA tahun lepas. This year kena buat lagi sebab tempoh sah laku pendaftaran SPA8i hanya 1 tahun sahaja. So, in case bagi sesiapa yang nak kemaskini tapi tak tahu caranya.. this is for you!


Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA

1. Login (log masuk) SPA8i di https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

MyID: nombor kad pengenalan
kata laluan: password yang telah ditetapkan semasa mendaftar kali pertama

p/s: kalau lupa kata laluan, klik 'LUPA KATA LALUAN'
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #1
Sebelum tu, kot kot laa kan terlupa bila tarikh permohonan SPA kita.. boleh tengok di bahagian tepi yang tertulis 'Status Permohonan'. Setahun selepas tu adalah tarikh expired permohonan kita. Contoh seperti saya: 21 Ogos 2017 adalah tarikh permohonan saya. So.. 21 Ogos 2018 adalah tarikh expired permohonan jawatan SPA saya.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #2
2. Kemudian.. klik 'JAWATAN DIMOHON'> SIMPAN (tak perlu ubah apa apa pun sebenarnya. tapi.. kalau nak tambah atau tolak jawatan yang dipohon tu silakan)

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #3
3. Then.. Klik 'PENGAKUAN PEMOHON'> tick 'Saya setuju'> HANTAR

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #4
4. Nanti akan ada something popup.. just klik OK

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #5
5. DONE!

Kalau nak simpan slip akuan permohonan, boleh klik icon 'download' di bahagian atas kanan.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #6
6. For the last step, ini just to make sure adakah permohonan kita telah dihantar dengan betul.. Klik 'SEMAKAN PERMOHONAN'. Lihat semula tarikh di 'Status Permohonan'. Adakah sudah berubah kepada hari ini (hari yang kita kemaskini) atau masih kekal sama.

Image may be NSFW.
Clik here to view.
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA
Cara Kemaskini Permohonan Jawatan SPA #7
Jika tarikh luput sudah bertukar ke tahun hadapan, we are done! Yeay yeay. Settle dah. Happy ending! Tibee hahaha.

Okay semoga bermanfaat. Sharing is caring dengan kawan kawan yee.

Daa~ wassalam!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.