boleh ke ubah niat ketika solat? | Soalan yang dari dulu saya nak tanya tapi tak tanya-tanya sehinggalah hari semalam saya tanya pada seorang ustaz -- "kalau kita ubah niat semasa solat, boleh ke?" sah atau tidak solat?
Pernah tak jadi macam tu?
Contoh situasi: dalam solat Zohor, rakaat kedua, tiba tiba baru teringat eh aku boleh jamak la sebab tengah musafir. So, nak ubah niat solat fardhu full 4 rakaat tersebut kepada jamak 2 rakaat sahaja. Boleh kah?
Contoh lagi: kita niat solat sunat 4 rakaat tapi tiba-tiba rasa perut memulas & rasa nak berhenti pada rakaat ke-2. Nak ubah niat dari 4 rakaat kepada solat sunat 2 rakaat sahaja. Boleh ke?
Contoh last (TRUE STORY by myself hahaha): kebiasaannya kan selepas solat tarawih 8 rakaat kita solat witir. Tapi disebabkan asyik niat solat sunat taraweh je dari first rakaat, terbawa bawa niat taraweh tu masuk ke solat sunat witir. Lupa kena niat solat sunat witir selepas 8 rakaat taraweh. Ketika rakaat kedua, baru teringat eh sekarang solat witir lah! Boleh ke ubah niat daripada taraweh kepada witir di tengah-tengah solat tersebut?
Contoh last tu yeap..thats my own experience haha. Tapi dah lama laa kejadian tersebut. Time saya sekolah kot tapi saya still ingat sampai sekarang. Dan disebabkan kejadian tu lah, soalan "boleh ke ubah niat ketika solat" berlegar legar di fikiran saya until now hehe.
And yesterday, I found the answer Alhamdulillah.
And yesterday, I found the answer Alhamdulillah.
Boleh ke ubah niat ketika solat?
![]() |
boleh ke ubah niat ketika solat? |
Jawapan daripada seorang Ustaz:
TAK BOLEH.
Ibadah solat perlu niat. Niat perlu dilakukan di awal ibadah semasa takbiratul 'ihram. Jadi, tak ada istilah niat solat di pertengahan ibadah.
Lagipun, niat solat mesti jazam. Ada qasad, taaruf dan takyin.
Apa itu jazam?
Jazam itu ialah pegangan yang yakin, putus, kuat, kejap atau tetap.
Dan keluar daripada jazam itu ialah 3 perkara:
1. Syak (ragu ragu) - 50-50 (sama berat)
2. Zhon (berat sebelah) - 75%
3. Waham (ringan sebelah) - 25%
Sekian..
So, lepas ni.. kalau ketika solat kita sedar kita salah niat ATAU nak ubah niat semasa solat, tak boleh ye. Tak dibenarkan dalam Islam. Harap maklum dan makngah.
Semoga bermanfaat. Daa~ wassalam! :)