Menang 3rd Prize Lazada Birthday Festival Blogger Contest | Haritu last minit join Lazada Birthday Festival Blogger Contest ni. Last minute ngat ngat. Last day baru sibuk nak buat entri. Sebelum tu tak teringin pun nak join. Tapi bila tengok balik soalan penyertaan dia, tak ada lah susah sangat. Tu yang join juga last day walaupun busy sangat. Saya jawab simple simple je. Boleh ushar kat SINI.
Memang dah niat dalam hati "kalau aku menang ni, boleh la beli novel dua tiga ketul kat Lazada". Tak sangka masin fikiran den! Ehhh biasanya masin mulut. HAHA.
Menang 3rd Prize Lazada Birthday Festival Blogger Contest
![]() |
Menang 3rd Prize Lazada Birthday Festival Blogger Contest |
Email ni saya dapat 7 days ago. Tapi baru check email semalam. Alhamdulillah rezeki datang ketika ditimpa dugaan (kurang sihat). Walaupun hanya memenangi tempat ketiga, tapi lepas la kan beli dua tiga empat buah novel/buku. Itu yang penting HEHEHE.
Alkisahhh.. Sebenarnya saya baru tahu Lazada ada jual novel. Selama ni tak tahu menahu langsung. Duk sibuk ushar pakaian, beg, kasut je. Tak teringat pula nak search novel. Baru baru ni blogger lain beritahu saya yang Lazada ada juga jual Novel. Perghhh ketinggalan sangat kau Sayidah! Hahaa.
Okay itu sahaja. Selamat mengundi esok! Mengundi lah dengan bijak. Gituww. Daa~ wassalam!