SEGMEN "Review Filem Suami Aku Ustaz"
![]() |
KLIK BANNER UNTUK JOIN |
Sebelum kita review filem suami aku ustaz ni, kalau nak tahu apa sinopsis filem suami aku ustaz, boleh klik SINI dan jika nak tonton online atau download free filem suami aku ustaz boleh klik SINI.
Okay jom start review filem suami aku ustaz ~!
![]() |
credit : budiey.com |
Berkaitan dengan filem ni. Mula-mula memang tak suka sangat dengan personaliti hero-Ustaz Hafiz(Adi Putra) yang serius dengan misainya yang tebal tu sebab nampak sangat tidak secocok dengan heroin-Alisa(Nora Danish) yang comel dan berperwatakan slumber. Misai tebal Ustaz Hafiz tu paling tak suka! Hahaha
Tetapi bila Ustaz Hafiz sudah memotong licin misainya, baru lah nampak sedondon dengan Alisa. Sikap Ustaz Hafiz yang mengambil berat terhadap Alisa dari hari ke hari membuatkan Alisa semakin terpikat dan membuahkan suatu perasaan yang indah.
![]() |
credit:ohtakkau.blogspot.com |
Tetapi, secara tidak sedar, kawan baik Alisa-Johan(Izzue Islam) dalam diam menyimpan rasa suka terhadap Alisa tanpa mengetahui Alisa sudah pun berkahwin dengan Ustaz Hafiz. Dan sedih la juga bila tengok watak Johan ni bila dia tahu Alisa sudah berkahwin. Yelah cuba bayangkan orang yang kita suka yang kita sangka single lagi rupa-rupanya sudah berkahwin! Patah hati weh.
Wati(Betty Ramat), kawan baik perempuan Alisa yang mana tempat duduk nya di dalam kelas hanya bersebelahan dengan Alisa membuatkan mereka sangat sangat rapat. Segala hal Alisa cuba dikorek Wati. Dan akhirnya termasuk Wati mengetahui yang Alisa sudah berkahwin dengan Ustaz Hafiz. Bukan main Wati mengusik Alisa dengan Ustaz Hafiz. Geli hati tengok!
![]() |
credit : budiey.com |
Dan watak paling gedik dalam filem Suami Aku Ustaz ni ialah Cikgu Liana(Jue Aziz). Bila bertemu dengan Ustaz Hafiz tersipu-sipu malu alahai persis perempuan Melayu terakhir kononnya. Ingat lagi satu babak tu apabila Cikgu Liana leka menatap muka Ustaz Hafiz sehingga graf yang dilukis nya di papan putih menjadi buruk! Hhahaha. Over sangat Cikgu Liana ni. Bukan hensem sangat pun Ustaz Hafiz tu kihkih.
Dan akhirnya, happy ending! *tepuk tangan* Hehehe.
Filem Suami Aku Ustaz bagi saya biasa-biasa sahaja. Cuma bila ada babak komedi, tak kering gusi juga ketawa. Hehehe. Ada juga beberapa mesej yang disampaikan di dalam filem ini. Nak tahu apa dia? Kena lah tonton dahulu! :)