nervous selepas check Pusat Mengundi - SPR Semakan Daftar Pemilih | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Hari mengundi tak sampai sebulan lagi ni hah, dah check ke belum tempat dan pusat mengundi SPR? Saya dah check semalam. Dan tiba-tiba rasa nervous pula selepas dah tengok pusat mengundi, saluran, masa mengundi semua. Sebab it is the first time I vote for PRU! Yessss first time nak undi ni! Baru layak hehe.
Cara Nak Check Pusat Mengundi | SPR | Semakan Daftar Pemilih
1. Pergi ke laman web SPR https://pengundi.spr.gov.my/.
2. Masukkan no.kad pengenalan tanpa - (contoh: 93080208XXXX)
3. Klik SEMAK.
4. Akan keluar semua info yang berkaitan - maklumat peribadi pemilih & daftar pemilih yang telah disahkan.
MAKLUMAT PERIBADI PEMILIH
Nama PenuhSAYIDAH NAPISAH
No. Kad Pengenalan9308020XXXXX
Tahun Lahir1993
JantinaPEREMPUAN
DAFTAR PEMILIH YANG TELAH DISAHKAN
Lokaliti128 / 13 / 02 / 016 - TAMAN SEREMBAN PUTRA
Daerah Mengundi128 / 13 / 02 - SIKAMAT
DUN128 / 13 - SIKAMAT
Parlimen128 - SEREMBAN
NegeriNEGERI SEMBILAN
Pusat MengundiSEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KG SERI SIKAMAT
Saluran7
Masa Mengundi08:00 AM - 05:00 PM
Bil4133
Ingatnya Bil tu adalah nombor giliran kita hahahaha rupanya bukan. Abi kata nanti kalau dah sampai ke Sekolah tu, terus jela pergi saluran yang ditetapkan tu. Tak ada nak tunggu sampai ke giliran 4 ribu lebih. Lepastu abi kata nombor saluran saya tu saluran budak-budak =.= Saje je tau haha.
Korang dah semak dah mengundi kat mana? And nak mengundi siapa? Jeng jeng jeng. Undi adalah rahsia! Hahaha padahal confuse lagi nak pangkah yang mana satu.
Okay itu sahaja. Daa~ wassalam!