Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2018 / 1439H-1440H | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Sekarang ni nak dekat Ramadhan, mula lah ramai yang tanya "berapa haribulan ye puasa?", "berapa tarikh kita nak raya?", "tahu tak bila last day boleh puasa ganti?", "1 Ramadan, 1 Syawal bila?" dan seangkatan dengannya. Nanti bila dah puasa dan berhari raya Aidilfitri.. nak tahu pula bila last day Syawal, bila nak raya Aidiladha, bila awal Muharram dan sebagainya. Saya pun nak tahu juga sebab senang kan nak merancang bila dah tahu tarikh-tarikh penting dalam Islam ni. Nak merancang apa? Ehemm ada lah haha.
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2018 / 1439H - 1440H Bagi Malaysia
TARIKH HIJRI (H) | TARIKH MILADI (M) | HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM |
27 Rejab 1439 | 14 April 2018 | Israk dan Mikraj |
*1 Ramadan 1439 | 17 Mei 2018 | Awal Ramadan / Berpuasa |
17 Ramadan 1439 | 2 Jun 2018 | Nuzul Quran |
*1 Syawal 1439 | 15 Jun 2018 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
1 Zulhijjah 1439 | 13 Ogos 2018 | Awal Zulhijjah |
*10 Zulhijjah 1439 | 22 Ogos 2018 | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1440 | 11 September 2018 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1440 | 20 November 2018 | Maulidur Rasul |
*Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Malaysia
Sumber:
Panel Pakar Falak (PPF)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
credit to: SENARAI TAKWIM DAN TARIKH-TARIKH PENTING DALAM BULAN ISLAM
credit to: SENARAI TAKWIM DAN TARIKH-TARIKH PENTING DALAM BULAN ISLAM
![]() |
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2018 / 1439H - 1440H |
Tak ada kat atas ni, but for your information.. 1 Syaaban 1439 H jatuh pada hari esok; 17 April 2018. So, be alert ye.. pada sesiapa yang rasa nak puasa sunat Isnin Khamis pada bulan Syaaban, TAK BOLEH ye. Tak dibenarkan. Dah kena stop puasa sunat pada bulan Syaaban. Tapi untuk yang nak puasa ganti, dibolehkan. Tiada masalah untuk qada' puasa di bulan Syaaban. Itu yang saya pernah dengar di ceramah.
Sekian itu sahaja.. Moga bermanfaat.
Daaa~ wassalam! :)