Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

TIPS PEMILIHAN WARNA HIJAB MENGIKUT TONA KULIT

$
0
0

TIPS PEMILIHAN WARNA HIJAB MENGIKUT TONA KULIT


Assalammualaikum w.b.t
Pelajari Pemilihan Warna Hijab Mengikut Warna Kulit | Pernah tak anda perasan kekadang ada sahaja yang memerhati cara penampilan anda. Terutamanya bila anda memakai hijab yang agak kurang sesuai dengan anda. Bagaimana ingin membuat pemilihan dalam berhijab mengikut tona warna.   
TIPS PEMILIHAN WARNA HIJAB MENGIKUT TONA KULIT






Pelajari Pemilihan Warna Hijab Mengikut Warna Kulit

Setiap tona kulit kita berbeza, begitu juga dengan pemilihan warna yang sesuai untuk kita gayakan terutamanya pemilihan warna tudung. Tudung merupakan antara yang paling berdekatan dengan pemandangan seseorang. Jadi pemilihan warna yang betul mengikut tona kulit akan membantu dalam menaikkan seri wajah seseoarang.



Panduan pemilihan warna hijab yang bersesuaian dengan tona kulit:-


1. Kulit Putih

Anda yang berkulit putih adalah bertuah, kerana hampir setiap warna sesuai dikenakan dengan warna kulit ini. Namun harus juga berhati-hati dalam mengenakan warna pudar seperti pastel atau kuning, kerana ia boleh membuatkan wajah tampak pucat tidak bermaya. Pilih warna kontra dengan kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah dan ungu. Warna-warna ini membuatkan raut wajah anda tampak lebih cerah bercahaya.
TIPS PEMILIHAN WARNA HIJAB MENGIKUT TONA KULIT




2. Kulit Kuning Langsat

Pilih rona terang seperti kuning, merah dan merah jambu. Rona biru juga sesuai untuk digayakan. Elakkan daripada memakai coklat gelap atau krim kerana warna tersebut menjadikan kulit wajah tampak kusam.
TIPS PEMILIHAN WARNA HIJAB MENGIKUT TONA KULIT




3. Kulit Sawo Matang

Hindari dari memilih rona yang seakan warna kulit sawo matang iaitu kelabu atau coklat gelap, kerana penampilan anda akan tampak suram dan tidak menyerlah. Rona pastel, terang atau gelap seperti ungu atau merah hati amat bersesuaian dengan tona kulit ini.
TIPS PEMILIHAN WARNA HIJAB MENGIKUT TONA KULIT



4. Kulit Gelap

Warna-warna terang seperti merah, jingga, kuning serta royal blue amat sesuai dipadankan dengan kulit gelap. Ianya menonjolkan sifat kontra terhadap rona kulit anda, sekaligus menaikkan seri wajah. Untuk penampilan yang lebih berani, gayakan warna neon untuk kelihatan menyerlah. Warna kusam seperti coklat harus dielakkan kerana ia boleh menenggelamkan penampilan anda.
TIPS PEMILIHAN WARNA HIJAB MENGIKUT TONA KULIT


Dreams Fairy Boutique (DFB)


Dreams Fairy Boutique (DFB) merupakan perniagaan online hijab yang telah diusahakan oleh Yanie Yusuf dan Diayan Yusuf. Penubuhan DFB secara kecil-kecilan sehingga kini telah mengeluarkan koleksi shawl dibawah label DreamsFairy. Cetusan idea untuk DFB menbina empayar pengeluaran hijab kerana sumber inspirasi dari  adik-beradik sendiri, dimana mereka mempunyai 7 adik-beradik puteri-puteri belaka. Alhamdulillah kini DFB bukan sahaja menjalankan secara online tetapi telah join event-event besar seperti anjuran Mood Republik. DFB juga telah berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dibawah namaDreams Fairy Boutique.


'' Hijab, Trendy &Islamic Law ''
Untuk sebarang maklumat lanjut dan Follow DFB di: 




sumber: http://www.wanista.com/


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.