Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

MACAM MANA KITA TAHU DIA PASANGAN UNTUK KITA KAHWINI

$
0
0

MACAM MANA KITA TAHU DIA PASANGAN UNTUK KITA KAHWINI


trust-his-plan
credit : hijabiz.tumblr.com


Haritu berbual dengan staff Bank rakyat yang sudah pun mendirikan rumah tangga. Bila dah duduk dengan orang yang dah kahwin ni tak lain tak buka topik mesti pasal pasangan atau anak. Dua ni memang wajib rasanya haha.

Lepas tu bila mereka berbual tentang pasangan masing-masing, kita ni yang tak kahwin lagi diam je la kan. Tang pasal penjagaan bayi ke apa ke boleh la nyampuk sikit-sikit sebab ada anak buah kan. Bila becerita tentang pasangan, nak menyampuk kita ni takde pasangan lagi haha. Jadi, boleh menyampuk dengan persoalan je la. Macam-macam den tanya. Tanya macam mana kenal dengan pasangan, apa halangan sebelum kahwin, sebelum kahwin dengan pasangan sekarang ada ke bercinta dan sebagainya lah.

Memang syok dengar cerita masing-masing. Ada yang dah bercinta 5 tahun tapi akhirnya kahwin dengan orang lain. Ada yang hanya berkenalan beberapa minggu sahaja, terus setuju nak tunang lepastu kahwin. Ada yang perempuan ajak kahwin, bukannya lelaki haha. Macam-macam cerita dapat didengari.

Yang baik dijadikan panduan, yang kurang baik jadikan sempadan ye pesan mereka. Hehe. Bila dengar kisah mereka ni, macam terfikir pula macam mana pula la kisah cinta aku ni haha. 

Dan dah berjemahh banyak sangat. Aku letih, mereka letih. Memandangkan mood keadaan masih bercerita tentang pasangan hidup, kita kasi soalan gempak dan mencabar sikit,

envy-quotes
credit : www.nismashop.tumblr.com




"Macam mana kita nak tahu dia tu jodoh kita?"


Mereka jawab

Mana kita boleh tahu dia tu jodoh kita ke tak. Mungkin yang kita kahwin tu bukan jodoh kita pun

Okay okay tukar soalan. 

"Macam mana kita tahu dia ialah pasangan yang benar untuk kita kahwini?"


Dan mereka menjawab dan secara kesimpulannya yang saya boleh simpulkan dari jawapan mereka..

Ikut arus. Go with the flow. Sebab perasaan kita yakin ke tak dia pasangan untuk kita kahwini tu datang dengan sekelip mata. Tak dirancang. Jika kena dengan gaya nya, hati kita automatik akan terbuka untuk setuju berkahwin dnegan dia. Jika keadaan semua lancar dan restu semua ada, kita ikut je flow.Kita kahwin je dengan dia. 

Ohoo tu jawapan nya. Tapi itu adalah antara jawapannya. Dan kita biasanya kalau nak lebih bagus lagi, boleh buat sembahyang istikharah . Mintak petunjuk yang benar dari Allah. Sesungguhnya perancangan Allah lebih baik daripada perancangan kita. 

allah-knows-what-the-best
credit : www.pinterest.com



Aha!

Pernah lah dengar seorang ni ...beri satu tips mudah bila orang tanya kepada kita dengan siapa yang kita rancang untuk berkahwin. Tips nya ialah 
orang pertama yang kita fikir apabila soalan itu diajukan kepada kita itu lah jawapannya.

Logik tak? Logik tak? Tapi jangan la pergi bayang laki orang pula ye. Hahaha.

Itu sahaja. Berjumpa lagi :)

life-quote
credit : ellalwani.blogspot.com






Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


INUMAN QUOTES


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Inggit Quotes and Kabit Quotes – Tagalog Patama Quotes


5 Uri ng Pambobola


kasama kang tumanda


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear