Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (LI) & ELAUN TESIS JPA [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017]

$
0
0
Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di dalam dan di luar negara untuk membuat Permohonan Tuntutan Elaun Latihan Amali (LI) dan Elaun Tesis.


GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (LI) & ELAUN TESIS JPA [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017]



TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI

Syarat-syarat Umum (mesti memenuhi keempat-empat)

+ Tuntutan dibayar berdasarkan hari bekerja tetapi tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu;

+ Jarak antara IPT/ rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi 25 km mana yang terdekat;

+ Tempoh latihan yang layak dibayar tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti awam/ umum/ hujung minggu); DAN

+ Latihan amali merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian.

Syarat-syarat Khusus

Pelajar Tajaan Dalam Negara:
Pelajar yang menjalani LI di Jabatan/ Agensi Kerajaan atau di Syarikat/ Agensi Swasta TIDAK LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali SEKIRANYA jabatan/ agensi/ syarikat telah menyediakan Elaun LI/ praktikal.

Pelajar Tajaan Luar Negara: boleh baca SINI.

Borang Tuntutan & Dokumen Sokongan

1. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A
2. 
(i) Surat Permohonan Penempatan Latihan Amali oleh Universiti kepada Majikan seperti contoh di Lampiran B
(ii) Surat Pengesahan Pelajar menjalani Latihan Amali daripada Majikan seperti contoh di Lampiran C.

TUNTUTAN ELAUN TESIS

Syarat-syarat (mesti memenuhi keempat-empat)

+ Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis
+ Tesis merupakan syarat wajib bagi tujuan menamatkan kursus pengajian/bergraduat
+ Layak dituntut sekali sahaja di sepanjang tempoh pengajian
+ Sekurang-kurangnya 6 jam kredit dan tesis disediakan secara INDIVIDU

Borang Tuntutan & Dokumen Sokongan

1. Borang Tuntutan seperti di Lampiran A
2. Slip Pendaftaran Subjek/Kursus yang membuktikan jam kredit bagi tesis tersebut adalah 6 jam kredit (disahkan oleh Dekan/ Ketua Jabatan/ penyelia kursus)
3. Salinan kulit muka depan tesis yang asal yang telah disahkan oleh Dekan/ Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus di Universiti berkaitan seperti contoh di Lampiran D.

KAEDAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

1. Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas tamat latihan amali/ pembentangan tesis. Bayaran akan dibuat dalam tempoh 1-3 bulan selepas permohonan dikemukakan dengan syarat, borang dan dokumen sokongan yang diterima adalah lengkap. Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan menyebabkan bayaran tidak akan dipertimbangkan.

2. Pelajar tajaan JPA di dalam negara hendaklah mengemukakan permohonan tuntutan yang lengkap (dokumen sokongan yang asal) melalui pos atau serahan tangan (by hand) kepada alamat berikut:

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
ARAS 4, BLOK C2, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA,
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Kewangan)
Emel: bayaran.bmi@jpa.gov.my

3. Pelajar tajaan JPA di luar negara hendaklah mengemukakan permohonan melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) di negara pengajian masing-masing kecuali bagi pelajar di Indonesia, Singapura dan Hong Kong hendaklah melalui Unit Pembangunan Luar Negara, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA.

4. Garis Panduan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis Pelajar Tajaan JPA ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017.

TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (LI) & ELAUN TESIS JPA [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017]
GARIS PANDUAN TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI (LI) & ELAUN TESIS JPA [berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2017]
5. Pelajar yang belum mengemukakan permohonan tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis untuk tempoh Januari - Julai 2017 hendaklah mengemukakan segera kepada JPA selewat-lewatnya 31 Ogos 2017. Kelewatan pelajar mengemukakan tuntutan akan menyebabkan bayaran tidak akan dipertimbangkan.

lampiran A
LAMPIRAN A

lampiran B
LAMPIRAN B

lampiran C
Lampiran C

contoh salinan muka depan tesis
Salinan muka depan tesis asal (Lampiran D)
Lampiran B, Lampiran C dan Lampiran D tu hanya contoh. Kalau nak buat exactly macam tu juga boleh je. Tapi kalau nak bagi yang memang kita ada boleh juga. Nak tengok contoh daripada pelajar UITM yang tak menggunakan lampiran B, C dan D? Boleh tengok SINI.

SUMBER: esilav jpa

Semoga bermanfaat pada semua :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.