Mungkin ada yang dah tahu rahsia untuk buat cili padi tahan lama di dapur kerana ianya sudah viral di whatsapp. Tapi yang menjadi persoalannya sekarang, adakah anda sudah mencuba petua cili padi tahan lama ini? Saya belum muahahaha.
Ada je cili padi kat peti sejuk tu cuma saya je malas nak buat uji kaji. Biasanya umi isi cili padi merah dan hijau dalam satu plastik lepastu simpan dalam peti sejuk. Kalau duduk lama begitu saja kat frigde tu tak berusik memang akan rosak dan lama kelamaan akan busuk.
So, bagaimanakah cara untuk membuatkan cili padi tahan lama?
1. Buang tangkai dari badan cili
2. Masukkan dalam satu bekas dan alas dengan tisu
3. Letak seulas bawang putih yang dah siap dikupas
**boleh tahan sampai sebulan ke atas dan tak busuk pun.
![]() |
PETUA CILI PADI TAHAN LAMA |
Tips & gambar ini dikongsi oleh seseorang tapi tak tahu siapa hahaha. So, full credit to her/him!
Sesiapa nak cuba boleh lah. Lepas tu beritahu sini menjadi ke tak tau hahaha.
Selamat mencuba!