Biasa lah hari raya kan. Makan tak beringat, jalan sana sini, travel jejauh balik kampung, duduk lama dalam kereta, panas terik ketika beraya dari rumah ke rumah, marhaban semua.. so, kemungkinan untuk dapat sakit tu tinggi. Sakit kepala, sakit perut, senak perut, sakit tekak, sakit dada, angin badan. Thats why kena standby ubat-ubat yang boleh tolong time kita sakit nanti. Yela kan, takut kat kampung nanti klinik/farmasi tutup pula. Haa kan dah susah.
Doktor kongsi tips - Senarai Ubat-Ubatan OTC Yang Perlu Bawa Balik Kampung!
![]() |
Doktor kongsi tips - Senarai Ubat-Ubatan OTC Yang Perlu Bawa Balik Kampung! [credit image: siakapkeli.my] |
[sumber: Facebook Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar]
Berikut adalah senarai ubat ubat "over the counter, OTC" yang anda perlu bawa balik kampung. Ubatan OTC tak perlu priskripsi doctor, boleh beli sahaja di farmasi, atau jumpa aja lah doktor GP kegemaran anda, dan minta stok untuk raya ni..
1- Paracetamol (PCM). Brand name paling femes: Panadol.
Gunanya: demam / pening / tahan sakit
2- Anti histamine. Eg : Loratadine / Cetrizine . Brand name paling biasa antaranya Clarinase / Zyrtec / Aerius/ Claritin..
Ubat antihistamine ini banyak gunanya. List yang disenaraikan di atas ni ialah jenis yang non drowsy (tak menyebabkan ngantuk).
Kita gunakan anti histamine untuk selsema & tahan gatal.
Kalau balik kampung kemas rumah berhabuk anda resdung, makan lah loratadine ( + guna face mask).
Kalau makan rendang kerang anda allergic gatal badan, makan lah loratadine.
Kalau nak yang mengantuk (eg supaya boleh lena tidur sebab gatal sangat), boleh beli Piriton.
3- Hyoscine butylbromide. Brand name paling femes ialah Buscopan. Gunanya? Sangat berguna untuk sakit perut / senak perut / pedih perut.
4- Charcoal. Pil arang. Warnanya hitam. Sangat berguna untuk anda combine dengan Buscopan jika perut sebu / bloated/ senak sebab banyak makan rendang.
5- ORS - Oral rehydration salt. Air garam. Dalam bentuk sachet. Sangat perlu kalau anda cirit birit sebab salah makan. Berguna juga kalau demam panas, body dehydrated.
6- Loperamide . Brand name paling biasa Imodium / Lomotil.
Ini ialah pil utk cirit birit. Kalau teruk sangat cirit, selain ORS, gunakan juga pil Imodium.
7- Ubat antacid. Biasa di negara kita orang panggil "air kapur" sebab warna nya putih. Bagus untuk pedih ulu hati / gastrik / angin. Brand biasa di sini antaranya Zellox / Gaviscon.
8- Analgesic - Ubat tahan sakit. Terdapat terlalu banyak jenis ubat tahan sakit / pain killer. Kalau boleh, cuba gunakan dulu Panadol. Kalau sakit sangat, then beli lah pain killer yg boleh di dapati di farmasi macam Mefenemic acid, brand biasa Ponstan.
Perlu di ingatkan, JANGAN SEBARANGAN GUNA PAIN KILLER. Hati hati kepada yg ada gastrik / masalah kidney / etc..kena rujuk doktor anda. Pengambilan pain killer terlalu kerap pun bahaya boleh menyebabkan antara lain kerosakan kidney & ulcer dalam perut.
Kalau Ponstan pun tak jalan dengan anda (anda ada sakit yang kronik macam slipped disc / lepas accident), maka anda perlu ambil painkiller newer generation yang lebih power (dan perlu kan preskripsi doktor)
9- Calamine lotion. Sangat berguna especially kalau ada anak kecil. Simple rash sebab panas, sebab anak pergi guling-guling atas rumput, etc...tepek aja calamine lotion. Mengurangkan gatal dan menyejukkan kulit.
** List ubat ubatan ini (kecuali no 9) ialah dalam bentuk oral /pil. Jadi persediaan ini ialah untuk org dewasa. Untuk kanak kanak / baby, sila bawa jumpa doctor untuk exact dose.
*** List ini ialah sekadar ubat standby untuk balik kampung. Jangan self treated kalau tiada ilmu. Jumpa doktor kalau tak pasti / sakit melarat. Jangan main agak-agak / belajar kat Google / tanya orang yang bukan bidangnya.
tambahan tips:
+ standby CAFFOX untuk migrain
+ if baby selsema sikit dan for baby less than 2 years old, tak perlu ubat. just sterimar spray.. or sedut je Doc kata hehe.
+ jangan lupa bawa inhaler untuk case yang ada asthma.
Semoga bermanfaat! Selamat pulang ke kampung! :)
p/s: tips ni juga boleh di-apply oleh para pelancong/kaki travel atau mereka yang mahu mengerjakan umrah/haji.