Hilang MyKad memang ngeri kan? Sebab ianya penting sangat. Kalau disalah guna oleh orang lain memang bahaya. or kalau kita tak bawa MyKad bila pergi mana-mana dalam Malaysia, boleh jadi satu kesalahan dan boleh membawa masalah yang lebih serius.
Bayaran Hilang Bagi MyKAD - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia mengisytiharkan berapa amount kena bayar jika hilang MyKad. So, hati-hati la ye. Seksa nak membayarnya nanti.
Jumlah bayaran jika kehilangan MyKAD
KEHILANGAN | BAYARAN PERMOHONAN (RM) | BAYARAN FI (RM) | JUMLAH BAYARAN (RM) |
Kali Pertama | 10.00 | 100.00 | 110.00 |
Kali Kedua | 10.00 | 300.00 | 310.00 |
Kali Ketiga dan Seterusnya | 10.00 | 1,000.00 | 1,010.00 |
*Apabila hilang kali ketiga & seterusnya, pemilik kad pengenalan akan dirujuk ke Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Jabatan.
**Hilang kali kedua & seterusnya diwajibkan membuat laporan polis.
Maklumat lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-8880 7077 atau layari www.jpn.gov.my
![]() |
Bayaran Hilang Bagi MyKAD |