Uolss suka entri panjang atau entri pendek? "Secara spesifik suka apa ye sayidah?"
Suka baca atau suka karang?
---Suka baca.
![]() |
suka entri panjang atau entri pendek? |
Korang lebih suka baca entri yang panjang atau entri yang pendek sahaja? Atau mana yang lebih korang prefer?
Sebenarnya depends juga betul tak? Depends on individual. Bergantung pada masing-masing punya style pembacaan. Ada orang suka baca entri panjang panjang. baru feel. Ada yang lebih suka baca entri pendek sebab nak kejar masa atau sebab lebih dekat dengan hati.
Depends.
Macam saya, saya jenis yang tak kisah entri tu panjang atau pendek, saya akan baca pertengahan atau akhir perenggan entri tu dulu. Kalau point atau perkataan di pertengahan/akhir perenggan tersebut menarik, saya akan baca the whole entry. If not, saya akan komen yang point saya baca tu je haha. Bagi saya, good entry adalah entri yang boleh tarik orang untuk terus baca dan baca dan habiskan baca semua dengan hanya beberapa patah perkataan dalam entri tersebut (read-bait). [bila laa saya nak tergolong dalam golongan ni T.T]
Saya ni lagi satu.. jenis yang tertarik dengan entri yang bermain dengan font warna, saiz, bold, italic. Bentuk dan cara persembahan penulisan yang pelbagai (variasi). Ada selit gambar. Bukan hanya plainnnn (kosong, datar) sahaja. Thats why kalau korang perasan, saya suka bold kan beberapa perkataan dalam entri saya (highlight) or bold dengan warna selain hitam. Why? Sebab saya tak nak orang boring baca entri saya & nak orang nampak apa point yang saya cuba ketengahkan.
Yela cuba bayangkan orang tu tengah ngantuk, dia baca entri....
+ entri panjang,
+ tak ada bold ke apa,
+ semua saiz font sama je,
+ warna font semua hitam,
+ gambar tak ada walau seketul..
agak-agak apa laa orang tu rasa? Lebih mengantuk atau bersemangat nak teruskan pembacaan?
Tu pendapat saya je hehe. Jangan marah naa. Saya pun enggak perfect.
Tapi yang pasti, kalau topik tu best, mesti kita tak kisah nak baca. Tak kisah la pendek atau panjang, mesti kita baca keseluruhan entri sebab kita suka topik tu.
Nak tarik orang baca entri kita dari mula hingga ke titik noktah akhir memang susah kan? hmm...