Masa kecil-kecil dulu, umi selalu juga buat kuih lapis. Tapi sekarang ni dah jarang. Mungkin sebab anak-anak umi lebih gemarkan kuih buatan umi yang lain seperti kuih keria, kek batik, kek moist chocolate. Haritu, sepupu umi ada masak kuih lapis. Nampak aummmm sangat kuih lapis beliau. Lembut je tengok, mudah dipotong dan warna nya pun lawa. Then, umi minta resepi kuih lapis beliau. Sebab for your information, kuih lapis sepupu umi tu laku tau jual kat kedai. Haaa mesti sodap gilos. Tu yang minta resepi kuih lapis best beliau tu. Jom ushar!
Resepi Kuih Lapis
Bahan-bahannya:
3 1/2 cawan tepung beras (cap teratai)
2 helai daun pandan
1 cawan tepung ubi
2 sudu tepung gandum
2 cawan gula
Pewarna (merah)
1 1/2 biji kelapa untuk:
(a) 5 cawan santan pekat (santan pekat diambil dari perahan yang awal-awal/mula-mula)
(b) 3 cawan santan cair (santan cair diambil dari perahan selepas (a))
Cara-cara memasak kuih lapis:
1. Bancuh semua tepung dengan 3 cawan santan cair. (ketepikan dulu)
2. Kemudian, didihkan santan pekat bersama gula dan 2 helai daun pandan.
3. Curahkan santan yang dididih ke dalam bancuhan tepung tadi. (jangan tunggu sejuk)
4. Kacau sebati dan bahagikan kepada 2 warna - merah (masukkan pewarna merah) dan putih.
5. Kukus berselang seli. 4 minit setiap lapis.
SIAP! Sedia untuk dihidang untuk keluarga atau tetamu.
pesananpenaja: pewarna tu kalau nak tukar warna lain pun boleh. nak warna hijau or something else terpulang. lagi satu, sukatan untuk pewarna terpulang pada masing-masing. kalau rasa nak pekat, letak banyak-banyak. kalau nak pudar, letak sikit je :)
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
resepi kuih lapis mudah je |
Haaa ni buat untuk tetamu or family saudara mara datang rumah sedap ni. Time raya nanti nak buat (untuk dessert) pun mantop. Budak-budak, orang dewasa semua gemarkan kuih lapis. So, buat je banyak-banyak. Mesti licin lah haha