Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

cara lulus test jpj kereta - bahagian litar

$
0
0
Okay well, saya hanya seorang manusia biasa - yang gagal test jpj kereta 3 kali haha tapi akhirnya lulus pada kali keempat repeat jpj. Sebab apakah saya gagal test jpj? Sebabnya.. saya terkandas di part mula-mula sekali (bahagian bukit) ujian litar. Bila kereta dah sampai ke puncak bukit .. brek, lepastu nak jalan ke depan tu tidak kesampaian. Kereta kancil (dan viva) terundur ke belakang, melebihi 50%. So, dengan kejamnya pegawai jpj kata kamu boleh keluar dari kereta sekarang. Huwaaa! Okay cukuplah kisah pahitku di bukit ini dijadikan sebagai mukaddimah entri hahaha.

test jpj kereta - bahagian litar
cara lulus test jpj kereta - bahagian litar. credit image: tropicalexpat.wordpress.com
Sooo, saya ada simpan nota step-step yang cikgu ajar semasa kelas memandu yang saya jot down kan. Langkah-langkah dan urutan yang betul di bahagian litar - bukit, parking, tiga penjuru.

macam mana nak lulus test jpj kereta - bahagian litar
notes test jpj kereta - bahagian litar
tips lulus test jpj kereta - bahagian litar
cara lulus test jpj kereta - bahagian litar
Tulisan den buruk =.=

But, before that.. perkara penting yang semua calon JPJ perlu tahu untuk lulus test JPJ kereta bahagian litar & juga bahagian jalan raya:

- setiap kali sebelum nak tukar gear, wajib tekan klac dulu.
- jangan lepaskan klac secara tiba-tiba, nanti enjin kereta akan mati.
- kalau rasa terancam (contohnya rasa macam kereta nak terrrlanggar divider) atau kereta terrrrundur (bila di bukit), terus cepat-cepat tekan brek + angkat handbreak!
- tayar kereta sentiasa ikut garisan putih putus-putus (di tengah-tengah jalan raya). tapi jangan sampai tayar melebihi garisan putih tu. kira macam garisan putih tu guideline kita la. make sure tayar kereta kita sentiasa dekat dengan garisan putih putus-putus tu. cikgu selalu nasihat saya tentang benda ni.

pedal kereta
pedal kereta. credit image: syafaonline.blogspot.com
Ujian JPJ litar ada berapa bahagian guyss? Yezzah ada 5 part - bukit, parking, tiga penjuru, laluan S, laluan Z. Dulu tak ada laluan S dan Z ni. Tapi start tahun 2015, muncul lah dua laluan ni.. menambahkan lagi tahap kesukaran bahagian litar haha.


step-step bahagian II litar (test jpj kereta manual)


BUKIT

ujian litar
ujian litar test jpj. credit image: musadun.com
1. Gear 1 > berhentikan kereta sebelum garisan putih/kuning/kon.
2. Lepaskan pedal klac (clutch) banyak-banyak (jangan sampai enjin kereta mati) > tekan pedal minyak banyak-banyak sampai kereta berada di puncak bukit.
3. Kalau tayar dah atas garisan kuning ATAU side mirror kereta belakang tiang, stop (brek)! > Jangan lepaskan brek tu then, tekan pedal klac. Then, angkat tangan di luar tingkap.
4. Free gear.
5. Angkat handbreak tinggi-tinggi > hon > lepaskan pedal klac & pedal brek serentak.
6. Tekan pedal klac > tukar ke gear 1 > tekan pedal minyak sehingga ada keluar bunyi yang kuat.
7. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan sehingga rasa kereta terhenjut sikit > cepat-cepat turunkan handbreak.
9. Kalau kereta dah jalan, terus lepaskan pedal minyak & tekan pedal brek perlahan-lahan supaya kereta tak laju sangat. [notamental : kawal stereng!]
10. Bila nak masuk simpang, bagi signal kiri. Jika tiada kereta, belok. [notamental : kawal klac]


PARKING

litar parking
parking ujian litar test jpj. credit image: lesen-memandu-murah.blogspot.com
1. Bila nak masuk simpang untuk buat bahagian parking, beri signal kiri > gerak ke depan sikit then, terus belok kiri dengan cepat.
2. Berhentikan kereta (brek) apabila side mirror sama dengan tiang.
3. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Bila tiang dah sama kedudukan dengan tengah-tengah cermin seat belakang, stop (brek)! [notamental : muka pandang belakang time nak samakan kedudukan tu!]
4. Pusingkan stereng ke kiri sehingga habis > tukarkan gear ke gear reverse > undur kereta (lepaskan pedal klac) perlahan-lahan sehingga tepi kereta (kanan) sama dengan bucu penjuru [notamental: tengok side mirror ketika nak samakan tu]
5. Turunkan side mirror ke bawah.
6. Pusingkan stereng 2x ke kanan > undur kereta (lepaskan pedal klac) perlahan-lahan sehinga tayar berada pada tepat-tepat sebelum garisan putih [notamental : semasa undur tu, lihat side mirror untuk pastikan tayar berada pada tepat sebelum garisan putih]
7. Pusingkan stereng ke kanan sehingga habis > undur kereta (lepaskan pedal klac) perlahan-lahan sehingga kereta masuk kotak parking keseluruhannya [notamental: kepala jenguk ke luar tingkap semasa undur untuk pastikan belakang kereta tidak melebihi kotak parking]
8. Check keseluruhan kereta masuk dengan cantiknya ke dalam kawasan parking [notamental: macam mana nak check? jenguk-jengkuk kat luar / tengok side mirror to make sure kereta masuk dengan cun ke dalam kotak parking]
9. Pusing stereng 2x ke kiri.
10. Free gear > angkat tangan kat pegawai JPJ di pondok.

cara parking test jpj kereta
cara parking test jpj kereta manual
11. Dengar arahan pegawai JPJ untuk keluar dari kotak parking.
12. Tekan pedal klac > tukar ke gear 1 > pusing stereng 2x ke kanan
13. Gerakkan kereta (lepaskan klac perlahan-lahan) sehingga side mirror (kiri) sama kedudukan dengan tiang.
14. Kemudian, pusingkan stereng 3x ke kiri
15. Lepastu, (kereta) teruskan jalan sehingga sampai ke persimpangan > beri signal kiri
16. Tengok kiri kanan. Kalau tak ada kenderaan, terus belok ke kiri [notamental: cepat-cepat pusing stereng semasa belok ke kiri tu!]


PUSINGAN TIGA PENJURU

tiga penjuru litar jpj
ujian litar test jpj - tiga penjuru
1. Bila dah sampai ke tempat tiga penjuru, beri signal kiri. [notamental: pastikan kereta tak dekat sangat dengan garisan sebelum belok]
2. Belok kiri & semasa belok tu, kawal stereng. Stereng jangan pusing terlalu banyak.
3. Selepas pusing, balas balik (pusing stereng ke kanan) untuk tayar jadi lurus > gerak sehingga kereta sampai sebelum sentuh garisan putih then, stop (brek)!
4. Pusingkan stereng ke kanan sehingga habis > tekan pedal klac > tukar ke gear reverse
5. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan > undur undur undur sehingga tayar kena sedikit pada garisan putih (garisan putih kotak tiga penjuru) > brek [notamental: jangan lupa balas balik stereng & pastikan klac tak mati (jangan angkat kaki dari klac)!]
6. Beri signal kiri > tukar ke gear 1
7. Belok ke kiri sehingga tiba di persimpangan.
8. Beri signal kanan. Tengok kiri kanan. Jika tiada kenderaan, belok kanan.


LALUAN Z
LALUAN S

laluan z ujian litar
test jpj kereta - laluan Z. credit image: lp-services.blogspot.com
laluan S litar
laluan S semasa test jpj kereta
Tiada cara dan arahan tertentu. Yang paling penting, semasa buat ujian litar laluan S & laluan Z ni:
+ sentiasa kawal pedal klac dan pedal brek pada waktu yang sama
+ jangan langgar divider! kalau rasa-rasa macam nak terlanggar tu, terus tekan brek cepat-cepat!
+ tahu cara nak reverse macam mana
+ jangan panik! cuba tenangkan diri dan yakin boleh!

Phewwww~ siap pun entri ni. Tapi kan, for your information.. setiap kali bila saya ingat balik masa saya buat bahagian bukit time test jpj dulu tu, adoiii.. still rasa gementar + cuak + nervous. Setiap kali saya ingat tu lah, saya rasa berdebar-debar haha.

Last but not least, for those yang akan ambil ujian jpj esok atau lusa atau pada masa terdekat ni.. do your best! Apa yang saya boleh kata - PRACTICE MAKES PERFECT. Kalau rasa tak cukup practice time kelas memandu, practice luar masa kelas. Minta la kawan-kawan/ahli keluarga yang terror memandu kereta manual ajar pula. Praktis, praktis dan praktis sampai rasa yakin nak lulus jpj test tu ada. Percayalah, kalau anda sendiri rasa anda tak yakin anda boleh buat, maksudnya anda kurang latihan. So, banyakkan lagi latihan, lagi-lagi time nak dekat test jpj.

Tapi, jangan OVER-CONFIDENT pula! Just stick to tengah-tengah. Bersederhana. Yakin boleh buat tapi jangan sampai rasa alaaa aku tak praktis pun aku boleh buat. Nope, that kind of thinking will make you regret later. Get it ?

Lepas dah habis baca entri ni, baca entri bawah ni pula kay ;) p/s:Wish you luck!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.