Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Analisis & Tips Skor Markah Kertas SPM Matematik Tambahan (Addmath)

$
0
0
Mentang-mentang la ada ajar tutor Matematik Tambahan sekarang ni, buat entri tentang addmaths ye sayidah? Hahaha. Okay la adik adikk. Akak share analisis kertas SPM Matematik Tambahan yang terbaru ni. Dan juga sedikit tips untuk skor markah Kertas SPM Matematik Tambahan (addmaths). Semoga membantu korang ye adik-adik SPM~

Analisis & Tips Skor Markah Kertas SPM Matematik Tambahan (Addmath)
Analisis & Tips Skor Markah Kertas SPM Matematik Tambahan (Addmath)

Analisis Kertas SPM Matematik Tambahan (Addmath)

tips skor kertas matematik

KERTAS 1 (80 MARKAH) - 25 SOALAN - 2 JAM

Bab 1 Tingkatan 4 Fungsi (2/3 soalan)
Bab 2 Tingkatan 4 Persamaan Kuadratik (1/2 soalan)
Bab 3 Tingkatan 4 Fungsi Kuadratik (1/2 soalan)
Bab 5 Tingkatan 4 Indeks & Logarithm (2/3 soalan)
Bab 6 Tingkatan 4 Geometri Koordinat (1/2 soalan)
Bab 7 Tingkatan 4 Statistik (1/2 soalan)
Bab 8 Tingkatan 4 Sukatan Membulat (1 soalan)
Bab 9 Tingkatan 4 Pembezaan (1-3 soalan)
Bab 12 Tingkatan 5 Janjang (2/3 soalan)
Bab 13 Tingkatan 5 Hukum Linear (1 soalan)
Bab 14 Tingkatan 5 Pengamiran (1/2 soalan)
Bab 15 Tingkatan 5 Vektor (2 soalan)
Bab 16 Tingkatan 5 Fungsi Trigonometri (1/2 soalan)
Bab 17 Tingkatan 5 Pilih Atur & Gabungan (1 soalan)
Bab 18 Tingkatan 5 Kebarangkalian (1 soalan)
Bab 19 Tingkatan 5 Taburan Kebarangkalian (1/2 soalan)

KERTAS 2 (100 MARKAH) - 2 JAM 30 MINIT

Seksyen A (40 Markah) - 6 Soalan (jawab semua soalan)

Bab 1 Tingkatan 4 Fungsi (-/1 soalan)
Bab 2 Tingkatan 4 Persamaan Kuadratik (-/1 soalan)
Bab 3 Tingkatan 4 Fungsi Kuadratik (-/1 soalan)
Bab 4 Tingkatan 4 Persamaan Serentak (1 soalan)
Bab 5 Tingkatan 4 Indeks & Logarithm (-/1 soalan)
Bab 6 Tingkatan 4 Geometri Koordinat (-/1 soalan)
Bab 7 Tingkatan 4 Statistik (-/1 soalan)
Bab 8 Tingkatan 4 Sukatan Membulat (1 soalan)
Bab 9 Tingkatan 4 Pembezaan (setengah/1 soalan soalan)
Bab 12 Tingkatan 5 Janjang (-/1 soalan)
Bab 14 Tingkatan 5 Pengamiran (setengah/1 soalan)
Bab 15 Tingkatan 5 Vektor (-/1 soalan)
Bab 16 Tingkatan 5 Fungsi Trigonometri (1 soalan)

Seksyen B (40 Markah) - 5 Soalan (jawab 4 soalan sahaja)

Bab 6 Tingkatan 4 Geometri Koordinat (-/1 soalan)
Bab 9 Tingkatan 4 Pembezaan (setengah/1 soalan)
Bab 13 Tingkatan 5 Hukum Linear (1 soalan)
Bab 14 Tingkatan 5 Pengamiran (setengah/1 soalan)
Bab 15 Tingkatan 5 Vektor (-/1 soalan)
Bab 19 Tingkatan 5 Taburan Kebarangkalian (1 soalan)

Seksyen C (20 Markah) - 4 Soalan (jawab 2 soalan sahaja)

Bab 10 Tingkatan 4 Penyelesaian Segi Tiga (1 soalan)
Bab 11 Tingkatan 4 Nombor Indeks (1 soalan)
Bab 20 Tingkatan 5 Gerakan Pada Garis Lurus (1 soalan)
Bab 21 Tingkatan 5 Pengaturcaraan Linear (1 soalan)

Tips Skor Markah Kertas SPM Matematik Tambahan (Addmath)


Okayyy, markah lulus 40/100 kan? So, kena target Kertas 1 + Kertas 2 = 73 Markah.

Untuk sesiapa yang nak skor A- untuk addmaths ni (80/100), kena target Kertas 1 + Kertas 2 = 145 Markah.

Macam mana nak target dan skor markah yang dikehendaki tu? Caranya senang je. Fokus bab yang korang rasa senang nak faham + senang nak jawab + lebih mudah nak skor. 

Bila dah study bab-bab tu, sila buat banyak latihan. Jawab soalan-soalan past year kertas addmaths. Cari je buku "Kertas Model Peperiksaan SPM Matematik Tambahan" atau search je kat google soalan past year.

silibus matematik tambahan spm
Analisis & Tips Skor Markah Kertas SPM Matematik Tambahan (Addmath)
Okay kalau tak tahu bab mana satu yang senang atau susah. Meh akak bagi cadangan. Akak rasa bab-bab ni korang boleh skor kalau korang fokus dan study betul-betul.

+ fungsi
+ persamaan kuadratik
+ fungsi kuadratik
+ persamaan serentak (ni confirm-confirm masuk kat seksyen A-no.1. sila study!)
+ indeks dan logarithm
+ statistik
+ sukatan membulat (ni confirm ada 1 soalan pada kertas 1 & seksyen A. senang sangat. yang penting hafal formula&banyakkan buat latihan)
+ pembezaan (ni confirm masuk kat Kertas 1 & seksyen A & seksyen B)
+ janjang
+ hukum linear (ni confirm masuk kat Kertas 1 & Seksyen B. ni pun senang sangat sangat dan sikit je nak kena study. yang penting banyak buat latihan supaya dapat jumpa pelbagai jenis soalan)
+ pengamiran (ni confirm masuk kat kertas 1 & seksyen A & Seksyen B)
+ vektor (confirm masuk kat Kertas 1)
+ penyelesaian segi tiga (confirm ada di Seksyen C)
+ nombor indeks (confirm ada di Seksyen C)

14 bab ni je korang perlu study dan fokuskan kalau nak LULUS atau nak A-.

Kalau nak A+, korang tambah study 1 atau 2 bab contohnya Fungsi Trigono, Taburan Kebarangkalian atau Geometri Koordinat. Pilih lah mana-mana. Fungsi Trigo dan Geometri Koordinat tu senang je sebenarnya. Cuma kena banyak buat latihan so that akan jumpa banyak jenis soalan. 

Bab Pilih Atur dan Kebarangkalian akak tak galakkan fokus sangat sebab takut korang akan take time jawab kat situ. Sebab soalan dia belit-belit. Dan confusing.

Okay sekian sahaja sedikit tips yang akak boleh bagi. Goodluck SPM hadik hadikkk! ;)

p/s: Anyone yang Area Seremban, boleh hire me as your Addmaths tutor. just whatsapp me at 0172008642 :)

tutor matematik tambahan
tutor matematik tambahan Seremban

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.