Berlian dan arang batu. Kedua-duanya batu. Tapi yang membezakannya ialah tekanan.
Tekanan menghasilkan kualiti berbeza.
Begitulah pendidikan.. kesusahan atau disusah-susahkan mampu mengeluarkan segala kualiti yang ada pada seorang anak.
Jika hidup senang saja mustahil kita akan tumbuh sebagai manusia yang tahu akan tujuan hidupnya.
Tidak cukup hanya mempunyai akal yang cerdik dan cita-cita yang besar.
Cita-cita yang besar perlu diiringi dengan jiwa yang besar.
Hanya kesusahan yang mampu membuat jiwa seseorang itu jadi besar untuk nantinya dapat melepasi cabaran yang besar-besar.
Bahkan kesusahanlah yang membuat seorang manusia dekat dengan Tuhannya.
madah hati makder (Februari 2017)