Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okay harini saya nak join 1 Contest SEO: Belajar Buat Blog, anjuran Blog coretananuar. Apa yang menarik dan apa yang bestnya dengan Contest SEO: Belajar Buat Blog ni? Eh, tak syok la kalau saya cerita kat sini hehe.

Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?
Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?
Kalau nak tahu apa yang bestnya dan kalau rasa nak join, boleh klik banner di bawah.

Contest SEO: Belajar Buat Blog


Contest SEO Belajar Buat Blog

Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?


Mungkin ada dalam kalangan daripada non-blogger yang tertanya-tanya atau terdetik persoalan: "kenapa nak buat blog?", "best sangat ke buat blog ni?", "apa yang menarik dengan blog? baik layan drama korea", "kenapa nak belajar untuk buat blog? ada apa dengan blog?".

Mungkin la ada kan orang tanya cenggitu. Mungkin juga tak ada haha. Tapi kalau laa ada orang tanya soalan-soalan sebegitu kepada saya, saya akan jawab....

1. Berkongsi cerita, pengalaman, perasaan

Saya tak ada buku diari. Saya juga tak ada adik (tetibe haha). So, blog ni antara medium saya berkongsi cerita dan kisah saya. Secara tersirat mahupun tersurat. Secara terang atau kelam. Walaupun bukan setiap hari saya share kisah saya dalam blog ni, tapi bak kata saya tadi.. mungkin saya luahkan perasaan saya dalam bentuk lain, dalam genre entri lain. Bukan entri personal.

2. Jadi manusia yang bermanfaat pada orang lain

"Semoga aku dapat saham yang baik daripada blog ini, yang dapat bantu aku di akhirat sana". Percaya atau tidak.. reason kedua ini lah yang antara menguatkan saya. Yang mengukuhkan niat saya untuk terus menjadi seorang blogger. Yang membantu saya untuk terus menulis entri ketika saya malas nak karang entri. Saya fikir saya tulis entri blog ni untuk dapat pahala, untuk bantu orang, untuk beri manfaat pada orang, untuk beri inspirasi pada orang, untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai.

3. Belajar tentang ilmu blog

Ilmu di dunia ni banyak. Ilmu blog salah satunya. Dulu-dulu saya tak peduli pun dengan ilmu blog ni. Atau saya berminat nak belajar tapi tak ada orang nak ajar sepenuhnya. Atau ada kelas yang ajar tentang ilmu blog tapi saya tak mampu dari segi kewangan dan masalah lain. So, akhirnya saya temui juga satu medium untuk saya belajar tentang ilmu blog (SEO, Adsense, Responsive Template, Google Analytics, UV PV dan sebagainya). Alhamdulillah. Seronok tau once dapat belajar ilmu-ilmu blog ni. Lagi-lagi selepas dah praktikkan dan nampak hasilnya. Memang BEST!

4. Buat duit dengan blog

Macam mana nak buat duit melalui blog?

  • adsense
  • nuffnang
  • innity
  • orang sewa ruang iklan di blog
  • paid review
  • 8share
  • promote business kita dalam blog

Dapatkan side income / pendapatan sampingan dengan blog ni memang best. Siapa yang tak nak kan? Tinggal usaha kita je. Yeap usaha. EFFORT. Usaha belajar ilmu blog, usaha bersengkang mata untuk karang entri, usaha bina ayat nak bagi orang faham, usaha perah idea nak buat entri, usaha ping (share) entri blog di FB/Google+, usaha blogwalking. Kesimpulannya, USAHA untuk MENINGKATKAN TRAFIK BLOG tu kena ada dan sentiasa buat. Baru lah side income pun masyuk, inshaaAllah.

5. Make good & positive friends/family

Saya tak sangka pun saya boleh dapat kawan dan family dalam kalangan blogger. Kawan blogger yang saya boleh harap dan percaya, keluarga blogger yang saya boleh bergurau senda dan berkongsi pendapat. Alhamdulillah.

Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?
Belajar Buat Blog: Ada Apa Dengan Blog?
Secara spesifiknya, kalau orang tanya saya.. apa tips untuk kekal bersemangat dan terus stay dalam dunia blogging ni? Reason no.1-5 lah jawapan saya. 

Oh, kalau korang nak tahu tentang panduan ringkas mengenai langkah-langkah blog dengan Blogspot, buat duit dengan blog, rahsia Affiliate dan banyak lagi.. boleh la dapatkan E-Book di bawah ini.

e-book belajar buat blog
Okay itu sahaja, semoga bermanfaat! Daaa~ wassalam :)

Contest ini turut disertai oleh Blog:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes