Saya ada dapat info dari whatsapp pagi tadi.. sekarang ni Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah melancarkan satu website di mana sesiapa sahaja boleh membaca buku Perpustakaan Negara Malaysia secara online di pautan http://www.pnmdigital.gov.my/.
boleh baca buku Perpustakaan Negara Malaysia secara Online!
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
boleh baca buku Perpustakaan Negara Malaysia secara Online! |
Caranya senang saja. Kita boleh membaca buku tersebut dengan hanya perlu register (mendaftar) butiran maklumat diri (nama, no.kad pengenalan, emel dan phone number) di dalam portal pnmdigital tersebut. Setelah selesai register, boleh terus log in pada portal tersebut.
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
boleh baca buku Perpustakaan Negara Malaysia secara Online! |
Portal ini boleh diakses melalui data telefon, internet rumah atau hotspot Wifi.
Waahhh best la kan? Dah tak perlu nak ke perpustakaan pinjam buku. Yela kot-kot la kalau busy dengan kerja ke, atau tiada transport nak pergi ke library ke, atau nak bersantai-santai di rumah dengan membaca buku ke, atau nak isi masa lapang ke, atau malas nak pergi library ke .. boleh la guna kemudahan yang PNM dah sediakan ni. Boleh baca secara Online je.
Saya tak daftar lagi, tapi niat nak daftar dan pinjam buku PNM secara Online tu memang ada haha.
Selamat membaca!