Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer? - Ustaz Azhar Idrus

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Seperti yang kita tahu, antara syarat untuk jamak qasar semasa bermusafir adalah jarak antara rumah kita dan destinasi musafir tersebut mestilah lebih dari 2 marhalah. Kalau kurang dari 2 marhalah, tak boleh nak jamak qasar. Persoalannya : berapakah jarak 2 marhalah tersebut? Ukuran dua marhalah bersamaan berapa kilometer? Memang ramai yang masih confuse atau tak tahu dua marhalah bersamaan berapa kilometer. Ada yang kata 80km plus plus. Ada yang kata 90km plus plus. So, which one yang betul ni?

Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer? - Ustaz Azhar Idrus


Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer?
Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer?
Soalan: Dua marhalah bersamaan 81 kilometer atau 91 kilometer? Kerana kawan saya kata 91 kilometer. Betul ke?

Jawapan:

Yang hadir dalam hadis bukan kilometer, bukan dengan batu. Tapi dengan marhalah. Jadi, dua marhalah namanya.

Dan dua marhalah nak kira macam mana sekarang?

Ulama-ulama tolong sukat dah, tolong convert jadi sukatan baru. Sekarang kita guna kilometer.

Beberapa orang ulama termasuk bekas mufti Mesir, ulama Syria & Dr. Wahbah al-Zuhaili ada ukur di zaman moden ni. Lebih kurang 90 kilometer. 89.988 kilometer. Lebih kurang. Dan ukuran yang paling pendek lebih kurang 81 kilometer.

Jadi, jarak antara 80-90 kilometer tu lah 2 marhalah. Haaa paham dop?

Jadi, tak ada tahdid. Tak ada keputusan yang tepat. Lebih kurang antara 80 hingga 90 kilometer. Antara dalam 50-56 batu. Lebih-lebih kurang.


Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer?
Dua Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer?
Baca juga:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993