Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian~

$
0
0
Memandangkan sekarang ni saya agak aktif dalam buat dropship Biobax, so memang ramai customer yang nak beli Biobax beritahu/tanya saya..
"cik ada nombor akaun maybank?", 
"tak ada ke maybank? senang sikit nak transfer duit guna Maybnak2u je", 
"oh ada nombor akaun CIMB je ye? saya tak ada CIMBclicks", 
"maaf la saya transfer lambat sikit sebab kena pergi ATM transfer. saya tak ada akaun CIMB"

Benda yang cepat boleh jadi lambat & proses yang mudah boleh menjadi agak sukar apabila kebanyakannya sekarang guna Maybank2u. Jarang-jarang yang ada cimbclicks. So, that's why la saya bertekad nak buka akaun semasa personal Maybank pada tahun 2017 ni! Untuk memudahkan kerja customer yang hanya ada akaun Maybank.

So.. pagi tadi dalam pukul 9 lebih macam tu saya pergi la Maybank Seremban (mesti la abi yang drive hahaha) dengan semangat yang berkobar-kobar. Saya tak ada la sediakan dokumen apa-apa. Just bawa diri dan IC dan duit sikit. Duit deposit pun saya tak tahu berapa. Saya ingat nanti nak cucuk duit kat Maybank je. 

So, saya masuk je Maybank, terus pergi ke kaunter pertanyaan. Nampak seorang lelaki tu macam bertugas untuk menjawab soalan-soalan orang yang datang je. So saya pergi la ke dia tanya 

"Encik.. kalau nak buka akaun Maybank berapa ye kena bayar?". Then encik tu jawab

"RM250. Cik ni belajar lagi ke?"

Saya: "Tak. Saya baru je habis belajar"

Encik Maybank : "Ohh kalau student, kena tunjuk kad matrik / kad pelajar. Kalau dah bekerja, kena bawa offer letter atau dokumen pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)"

Saya: "Tapi saya bukan student dan saya belum lagi bekerja. Jadi, macam mana ye? Takkan la saya tak boleh nak buka akaun personal Maybank?"

Encik Maybank : "Iye tak boleh cik."

Den dah buat muka terkejut dah + tak percaya T-T

hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian~
credit image: totsintawhero.wordpress.com
Umi mencelah: "Habistu kesian la siapa yang tak belajar dah dan tak bekerja lagi."

Encik Maybank : "Tu lah makcik. Memang tak boleh. Memang prosedure nak buka akaun Maybank macam tu sekarang."

Saya: "Habistu macam mana ye? Saya baru je habis belajar haritu"

Encik Maybank : "Ohh kalau macam tu, cik boleh bawa result exam last haritu (transkrip) lah"

Saya: "Ohhh transkrip boleh ye?"

Encik Maybank : "Boleh boleh"

Phewww~ walaupun tak dapat nak buka akaun pagi tadi, lega lah juga tahu diri ini qualified untuk buka akaun. Kalau takkkkk.. sobsobsob!

Umi pula keluar je dari Maybank terus membebel tak puas hati haha. Tak puas hati kenapa sistem buka akaun bank macam tu pula sekarang. Menyusahkan aje.

Ermm. Tak pelah.. ada la kan reason Maybank buat peraturan macam tu kan? Kita ni redhoo je le haha.

so, next week InshaaAllah pergi lagi sekali untuk buka akaun. Moga dipermudahkan urusan Amin :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993