Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Termasuk harini dah 4 hari berturut-turut saya buat entri tips tingkatkan trafik blog, yeayy Alhamdulillah mendapat sambutan agak hangat gituww haha. Okay, harini kita sambung tips tingkatkan trafik blog yang keempat. Let's!
![]() |
tips tingkatkan trafik blog #4 |
tips tingkatkan trafik blog #4:
Ping (share) entri di Google+
![]() |
tips tingkatkan trafik blog #4 |
So far saya ada 4,008 followers Google+. Anda pula?
Ke tak ada pun Google+ Followers? Kalau tiada, boleh lihat Tutorial Memasang Widget Google+ Followers di SINI.
Ke tak ada pun Google+ Followers? Kalau tiada, boleh lihat Tutorial Memasang Widget Google+ Followers di SINI.
Apa yang penting sangat dengan Google+?
Fungsi utama Google+ ni adalah bagi menaikkan index blog kita di Google. Maksudnya kalau orang lain +1 (share) entri kita, entri kita akan lebih melekat di carian Google. Entri kita akan lebih mudah dicari di Google. So, jangan pandang sebelah mata Google+ ni. Ianya sangat penting dan sangat membantu.
Saya pernah buat eksperimen tau. Entri yang saya ping di Google+ VS entri yang saya tak ping di Google+. PV kedua-dua entri tersebut sangat berbeza! Memang akan nampak perbezaan agak ketara bila share entri di Google+ dengan tidak share.
(melainkan entri tu betul-betul hits tengah hot, kalau tak ping entri pun memang meletop PV).
Macam mana cara nak share entri di Google+ ?
Sebelum nak share entri di Google+, anda perlu tahu Google+ Community yang wujud untuk anda share entri di sana. Yes, mungkin ada di antara anda yang ingat.. jika share entri di Google+ , hanya share PUBLICly sahaja. Yeap, yang utama sekali memang kita akan share entri secara PUBLIC, kemudian untuk tambahan.. share juga entri kita di Google+ Community. Google+ community ni lebih kurang macam group-group Blogger di Facebook tapi versi Google+ punya.
Senarai Google+ Community (ni je la yang saya tahu hehe)
*kalau nak follow group G+ di atas ni, klik je nama group tu.
Cara-cara share entri di Google+
1. Pergi ke All Posts di dashboard blog > Klik 'share' di bawah entri
![]() |
tips tingkatkan trafik blog #4 |
2. Klik Public > Klik share
![]() |
tips tingkatkan trafik blog #4 |
3. Kemudian, untuk share entri di Community Google+.. sila klik di tepi Public yang tadi tu.. then kalau kita scroll, akan ada senarai g+ community yang kita dah join.
4. Klik je mana-mana Google+ Community yang kita mahu. Then, klik 'share'
![]() |
tips tingkatkan trafik blog #4 |
5. Ada sesetengah Google+ Community yang akan keluar seperti gambar di bawah. Kalau ada macam tu, klik je yang ada word Discussion atau yang sewaktu dengannya. Then, klik Replace. Then, share.
![]() |
tips tingkatkan trafik blog #4 |
Alaaa.. malas la nak ping entri kat banyak-banyak Community G+ tu.
Tak apa, saya tak paksa pun suruh ping hahaha. Kadang-kadang saya pun malas sebab banyak sangat group nak ping kan. Tapi konsep nya senang je. Kalau nak trafik tinggi, kena rajin kan diri la ping entri di group-group G+. Kalau malas, it's okay.
Saya bukan malas, tapi tak ada masa la nak ping ping ni.
Saya pun kekadang tak cukup masa juga nak ping entri kat setiap G+ community. So, kalau tak ada masa tu.. Yang paling penting, ping dulu secara PUBLIC. Then, ping group-group G+ yang memiliki lebih banyak members. Atau pun share entri di Group G+ yang selalu +1 entri kita.
Macam mana nak tahu group G+ yang mana yang selalu +1 entri kita?
Kita boleh tengok dan pantau nya di notification. Notification berada di sudut atas kanan (sebelah muka profile g+ kita). Klik situ dan kita boleh tengok lah dekat situ siapa yang follow G+ kita, siapa yang +1 entri, siapa yang komen dan sebagainya. Kalau nak tahu orang tu dari group G+ yang mana, just klik je nama dia. Dan tengok Group mana.
![]() |
tips tingkatkan trafik blog #4 |
![]() |
tips tingkatkan trafik blog #4 |
Itu sahaja tips untuk meningkatkan trafik blog pada hari ini - share entri di Google+.
Saya dah cuba terangkan tentang Google+ ni sebaik yang mungkin. Kalau ada ayat yang tak faham atau kurang jelas, saya minta maaf.
Cadangan saya.. kalau anda nak lebih faham..sila buat praktikal secara langsung semasa baca step-step saya di atas. Buat terus apa yang saya ajar di atas. InshaaAllah anda akan nampak dengan lebih jelas dan nyata.
Itu sahaja, adios!
Baca juga: