Kalau sesiapa yang nak buat semakan status permohonan BR1M 2017, boleh klik SINI. Status permohonan brim saya masih lagi dalam proses hehe. So, in case jika ada para pemohon yang gagal permohonan BR1M, boleh lihat di bawah ini antara sebab-sebab gagal permohonan BR1M.
ANTARA SEBAB-SEBAB GAGAL PERMOHONAN BR1M
![]() |
sebab-sebab gagal permohonan BR1M |
1. Kemaskini Permohonan - tidak mengemaskini permohonan BR1M bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (2014)*
*Nota: Penerima BR1M perlu mengemaskini maklumat peribadi mereka sekiranya terdapat perubahan atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun bagi mengelakkan permohonan ditolak.
2. Maklumat Peribadi - maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan no.kad pengenalan
3. Dokumen Peribadi - tidak menyertakan dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, dokumen pengesahan penceraian dan penyata gaji
4. Maklumat Pasangan - tiada maklumat pasangan bagi pemohon berstatus kahwin
5. Tanggungan - maklumat tanggungan yang tidak tepat
6. Jumlah Permohonan - memohon lebih dari satu kali (suami & isteri membuat permohonan berasingan)
So, conclusionnya kalau nak mohon brim ni haruslah jujur dan telus sebab dia boleh detect kalau kita menipu. Dan juga pemohon yang lama jangan lupa untuk kemaskini!
Adios!