Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Sebelum ni saya ada buat entri tentang RPK dan RSM JPJ, tapi saya nak buat lagi sekali entri RPK dan RSM JPJ dengan lebih lengkap, kemas, mudah dihafal dan diingati oleh mereka yang nak menghadapi ujian JPJ. Jom baca!
RPK dan RSM JPJ: cara mudah ingat dan keterangan lengkap
![]() |
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap credit image: belajarmemandu.wordpress.com |
RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan)
RPK ni ada empat bahagian. Mulakan dari depan kereta, kemudian kanan, kemudian belakang, kemudian bahagian kiri kereta. Make sure ikut turutan tu untuk mudah ingat. Dan lagi satu! Jangan lupa semasa terangkan komponen-komponen RPK, sila sentuh dan pandang apa yang kita terangkan tu. Kalau tengah terangkan tentang tayar, make sure kita sentuh dan pandang tayar tu.
![]() |
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap |
1. Bahagian hadapan kenderaan
a. Cermin - "CERMIN HADAPAN dalam keadaan baik/retak"
b. Bonet - "BONET HADAPAN dalam keadaan baik/kemek"
c. Lampu - "LAMPU HADAPAN KANAN&KIRI dalam keadaan baik/pecah"
d. Lampu isyarat - "LAMPU ISYARAT HADAPAN KANAN&KIRI dalam keadaan baik/pecah"
e. No. plat pendaftaran - "NOMBOR PLAT PENDAFTARAN HADAPAN XXX1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah"
f. Bumper - "BUMPER HADAPAN dalam keadaan baik/pecah"
2. Sisi kanan kenderaan
a. Tayar hadapan - "TAYAR HADAPAN KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
b. Lampu isyarat sisi & cermin sisi - "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KANAN dalam keadaan baik"
c. Cermin pintu hadapan & belakang - "CERMIN PINTU HADAPAN & BELAKANG, KANAN dalam keadaan baik"
*buka pintu hadapan (pemandu) dan tarik tuil bonet hadapan, boot belakang
*tutup pintu
d. Tayar belakang - "TAYAR BELAKANG KANAN tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
3. Bahagian belakang kenderaan
a. Cermin - "CERMIN BELAKANG dalam keadaan baik"
b. Lampu brek ke tiga, lampu brek & lampu belakang - "LAMPU BREK KE TIGA, LAMPU BREK & LAMPU BELAKANG KANAN&KIRI dalam keadaan baik"
c. Lampu isyarat - "LAMPU ISYARAT BELAKANG KANAN&KIRI dalam keadaan baik"
d. Bonet - "BONET BELAKANG dalam keadaan baik" (merujuk kepada penutup boot)
e. No. plat pendaftaran - "NOMBOR PLAT PENDAFTARAN BELAKANG XXX1234 cukup bilangan dalam keadaan baik/pecah"
f. Bumper - "BUMPER BELAKANG dalam keadaan baik/pecah"
*BUKA BONET (PEMERIKSAAN RUANG BOOT)
g. "Dilengkapi dengan SEGITIGA AMARAN"
h. "Dilengkapi dengan TAYAR GANTIAN, tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
i. "Dilengkapi dengan TOOLS - spana pembuka tayar / pemutar jek / jek / jumper"
*TUTUP BONET
4. Sisi Kiri Kenderaan
a. Tayar belakang - "TAYAR BELAKANG KIRI tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
b. Cermin pintu hadapan & belakang - "CERMIN PINTU HADAPAN & BELAKANG, KIRI dalam keadaan baik"
c. Lampu isyarat sisi & cermin sisi - "LAMPU ISYARAT SISI & CERMIN SISI, KIRI dalam keadaan baik"
d. Tayar hadapan - "TAYAR HADAPAN KIRI tekanan angin, bunga dan keadaan fizikal tayar dalam keadaan baik"
(optional) Tempoh sah cukai jalan - "cukai jalan masih sah tempoh sehingga XX/XX/XX"
5. Bahagian hadapan kenderaan (ruang enjin)
*BUKA BONET (PEMERIKSAAN RUANGAN ENJIN)
![]() |
pemeriksaan ruang bonet/enjin perodua viva |
a. Bateri
+ "BATERI SEL BASAH dalam keadaan baik" , (buka salah satu penutup) - "paras air bateri/ elektrolit mencukupi/tidak mencukupi" (ada tanda min/max)
+ "BATERI SEL KERING dalam keadaan baik", (jika ada penunjuk) - "warna penunjuk berwarna hijau/hitam/putih, bateri dalam keadaan baik/perlu dicaj"
**apa beza bateri sel basah dan sel kering?
sel basah
- ada penutup kat atas.
- ada aras elektrolit (air), ada min/max
sel kering
- tak ada penutup. dia rata je di bahagian bateri tu.
- ada indikator warna (optional).
b. (buka penutup) "Paras AIR TANGKI SIMPANAN RADIATOR mencukupi/tidak mencukupi"
**kalau mencukupi - air di aras maksimum
![]() |
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap |
c. (buka penutup) "Paras AIR TANGKI RADIATOR mencukupi/tidak mencukupi"
![]() |
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap |
d. (picit hos) "HOS AIR dalam keadaan baik/retak"
**bentuk hos macam paip hitam
![]() |
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap |
e. (cabut dipstick yang panjang hitam tu, bersihkan dengan tisu, masukkan semula, cabut semula) "Paras MINYAK PELINCIR/ENJIN mencukupi/tidak mencukupi"
**WAJIB sediakan tisu awal-awal atau kalau ada tisu disediakan di tempat RPK tu, ambil je kat situ.
f. (tekan ke bawah) "TALI SAWAT dalam keadaan baik/terlalu tegang/terlalu kendur"
g. (jika ada)(buka penutup) "Paras MINYAK STEERING mencukupi/tidak mencukupi"
h. (buka penutup) "Paras CECAIR BREK mencukupi.tidak mencukupi"
i. (buka penutup) "AIR WIPER mencukupi/tidak mencukupi"
*TUTUP BONET
Macam kalau saya time JPJ test haritu, RPK dilakukan sebelum RSM. Time RPK tu, bonet ruangan enjin dan boot memang dah tersedia buka. So, saya buat pemeriksaan ruang enjin sejurus selepas menerangkan komponen/item bahagian hadapan kenderaan (No.1).
Maksudnya... kebiasaannya kan saya dilatih untuk ikut turutan mula-mula bahagian hadapan > kanan > belakang > kiri > ruangan enjin. Tapi time rpk jpj ni, dia ikut turutan : bahagian hadapan > ruangan enjin > kanan > belakang > kiri. Mungkin pihak pemeriksa nak mudahkan kerja kita dan kerja mereka.
Maksudnya... kebiasaannya kan saya dilatih untuk ikut turutan mula-mula bahagian hadapan > kanan > belakang > kiri > ruangan enjin. Tapi time rpk jpj ni, dia ikut turutan : bahagian hadapan > ruangan enjin > kanan > belakang > kiri. Mungkin pihak pemeriksa nak mudahkan kerja kita dan kerja mereka.
Tapi! Apa-apa pun tengok lah orang sebelum kita dia buat macam mana. So that kita pun boleh ikut turutan dia macam mana hehe.
Nota:
1) Time saya test JPJ haritu, kereta viva digunakan semasa RPK. Kereta kancil/kereta viva pula digunakan semasa ujian di litar. Manakala, kereta axia digunakan semasa ujian di jalan raya.
2) Klac (cekam) bagi kereta viva dan kereta kancil lama memang tinggi. Saya haritu ujian JPJ dapat kereta kancil di dalam litar, saya dah lepaskan banyak klac pun kereta still tak gerak-gerak. So, kena lepaskan banyak-banyak klac, baru kereta jalan. =.= okay tak ada kaitan dengan topik, abaikan haha.
RSM (Rutin Sebelum Memandu)
Bilakah nak buat RSM?
Dua kali kena buat RSM ni. First, buat sekali dengan RPK. Second, buat RSM sebelum memulakan ujian memandu di jalan raya.
18 rutin sebelum memandu:
1. Masuk kereta, duduk dan HANDBREAK (brek tangan) dalam kedudukan brek (jika kereta manual, handreak ditarik)
2. Laraskan TEMPAT DUDUK (seat)
3. Tentukan kedudukan tangan pada STERENG dengan betul - kedudukan pukul 10-2 atau 9-3
cara pegang stereng dengan betul:
a) kedudukan tangan pada stereng pada pukul 9 & pukul 3
![]() |
cara pegang stereng dengan betul credit image : pandulaju.com |
![]() |
teknik memegang sterengan dengan betul credit image: shannons.com.au |
4. Laraskan CERMIN PANDANG BELAKANG DAN SISI (cikgu saya ajar pastikan tangan sentuh cermin pandang belakang dan sisi walaupun sedikit semasa melaraskan. Yang penting, kena nampak effort tu!)
*ON-SUIS KERETA*
![]() |
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap panel instrumen kereta |
![]() |
penunjuk pada panel board kereta |
![]() |
panel board untuk kereta saga (automatik) JPJ |
5. TOLOK BAHAN BAKAR (ada huruf E F) berfungsi/tidak berfungsi
![]() |
tolok bahan bakar |
6. TOLOK SUHU ENJIN (bentuk macam termometer, ada huruf C H) berfungsi/tidak berfungsi
![]() |
tolok suhu enjin |
7. LAMPU AMARAN HANDBREAK (bentuk tanda seru) berfungsi/tidak berfungsi
![]() |
lampu amaran brek tangan |
8. LAMPU AMARAN TEKANAN MINYAK ENJIN (bentuk macam bekas siram bunga) berfungsi/tidak berfungsi
![]() |
lampu amaran tekanan minyak enjin |
9. LAMPU AMARAN BATERI (ada caj + - ) berfungsi/tidak berfungsi
![]() |
lampu amaran bateri |
![]() |
panel instrumen pada board kereta Axia |
10. Pastikan GEAR dalam keadaan bebas (N-neutral) bagi kereta manual (kedudukan 'P' bagi kereta auto)
11. HIDUPKAN ENJIN dengan menekan klac(manual)/brek(auto) tanpa menekan pedal minyak
RPK dan RSM JPJ : cara mudah ingat dan keterangan lengkap credit image: nazrulentertainment.blogspot.com |
13. LAMPU HADAPAN berfungsi/tidak berfungsi
![]() |
lampu kereta |
14. LAMPU HAZARD berfungsi/tidak berfungsi
*kalau kereta kancil, lampu hazard berdekatan dengan stereng, kedudukan di tengah-tengah.
![]() |
lampu hazard / lampu kecemasan |
15. HON berfungsi/tidak berfungsi
16. PEMANCUT AIR/pengelap cermin (wiper) berfungsi/tidak berfungsi
17. TAKOMETER (meter RPM) berfungsi/tidak berfungsi
![]() |
takometer |
18. MENGUJI keadaan tali pinggang keledar kenderaan (dengan cara MENYENTAP dan MENARIK TALI PINGGANG kenderaan) & MEMAKAI tali pinggang kenderaan dengan sempurna.
![]() |
maksud indikator pada panel board kereta |
Fuhhh~ semoga berjaya! Yang penting jangan cuak sangat time nak buat RPK & RSM, terutamanya RSM. Yela RSM lagi cuak sebab pegawai JPJ duduk sebelah kita kan. Tapi tarik nafasss hembus, bertenang. Tunjukkan confident anda, terangkan satu-satu dengan tenang dan teratur seperti yang saya ajarkan susunan rpk dan rsm di atas. InshaaAllah full marks!
Goodluck guysss!
Baca juga entri berkaitan dengan lesen kereta: