Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

apa maksud cinta dirgahayu?

$
0
0
Dirgahayu. Biasa dengar word dirgahayu ni kat mana? Saya bayangkan word dirgahayu ni bahasa Melayu lama-lama. Tapi tak pernah tahu apa maksudnya sehingga lah lagu OST Lara Aishah muncul, iaitu Dirgahayu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza & Faizal Tahir. First time saya dengar lagu ni kat Radio. Masa tu Lara Aishah baru awal-awal lagi episod dia. So, apa maksud cinta dirgahayu sebenarnya?

maksud cinta dirgahayu

apa maksud cinta dirgahayu?
apa maksud cinta dirgahayu?
credit image: Google
Maksud cinta dirgahayu di dalam lagu Dirgahayu ni: cinta yang berpanjangan/ berterusan/ selama-lamanya/ sejati/ never dies.

Kalau mengikut kamus DBP, maksud dirgahayu : dilanjutkan usia, dipanjangkan umur. Kira maksudnya macam selamat, bahagia dan sewaktu dengannya lah.

Alaaa tak apa, tak payah susah-susah. Dalam Official Video Dirgahayu, Dato Siti dan Faizal Tahir dah bagi jawapan dah apa yang dimaksudkan dengan cinta dirgahayu tu. Part mana? Boleh tahu makna cinta dirgahayu tu daripada prolog mereka pada permulaan video official lagu Dirgahayu ni.


Prolog Lagu Dirgahayu

Cinta 
Cinta itu adalah 
perasaan yang mesti ada 
pada setiap diri manusia

Ia laksana
setitis embun yang turun dari langit

Cinta
tak semestinya memiliki

Cinta
mengajar kita saling menghargai

Cinta yang sejati
Cinta yang takkan mati
Dirgahayu cinta

Lirik Lagu Dirgahayu

Adakah ini kali yang pertama
Adakah ini kali yang terakhir
Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza

Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti, ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya

Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Andai takdir kita bertemu lagi
Masihkah akan kau kenal kembali

Satu hari pasti nanti
Ku akan memahami
Namun cinta tak akan mati

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti, ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya

Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku

Tidak pernahku, persoalkan takdir-Nya
Dan ku percaya cintakan mengatasi
Semuanya

Ku terima segalanya
Namun tak aku mengalah
Ku pasti, ada jawabnya
Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya

Cinta dirgahayu
Cinta dirgahayu
Cinta kau dan aku
Cinta dirgahayu
Dirgahayu


Cinta dirgahayu

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993