Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Harini hari Jumaat, penghulu segala hari. Apa benda yang selalu dikaitkan dengan hari Jumaat? Yeap! Solat jumaat. Okay, walaupun saya tak pernah solat Jumaat hehe, tapi nak share jugak info tentang permasalah berkait dengan solat Jumaat. Sebab, bagi saya, mungkin ramai yang di luar sana tak tahu tentang permasalahan berkait dengan solat Jumaat di bawah ini dan memandang enteng atas permasalahan tersebut. Takmo takmo. Jangan begitu. Solat Jumaat ni wajib bagi para lelaki tau (kecuali bagi yang mengalami keuzuran atau darurat), so wahai kaum Adam sekalian, janganlah pandang sebelah mata je hal-hal dan kemusykilan yang berkaitan dengan Solat Jumaat ni. Kena ambil tahu dan praktikkan. Baru la macho!
permasalahan berkait dengan solat jumaat
![]() |
permasalahan berkait dengan solat jumaat credit image: Tumblr |
1. Jika makmum langsung tidak sempat bersama imam walau satu rakaat solat Jumaat, maka dia tidak mendapat fadhilat berjemaah.
Sebagai contoh, makmum sempat mengikut imam sebelum imam salam. Dalam keadaan ini, dia wajib meneruskan solatnya menjadi empat rakaat selepas imam memberi salam kerana ia menjadi solat Zuhur dengan sendirinya. Dia tidak perlu berniat solat Zuhur semula.
(Lihat Zain ath-Tholib, 1/165, 204)
2. Seseorang yang sedang musafir menjamak qasar solatnya untuk solat Zuhur dan Asar pada hari Jumaat, boleh solat Jumaat berjemaah dengan jemaah lain. Kemudian dia akan solat lagi solat Asar secara qasar jamak taqdim selepas itu.
3. Bagi mereka yang wajib solat Jumaat, haram bermusafir selepas fajar (iaitu masuk waktu Subuh) pada hari Jumaat, kecuali jika dapat melakukan solat Jumaat dalam perjalanannya atau di tempat yang dituju.
4. Makmum yang sempat mengikut satu rakaat imam dalam solat Jumaat, wajib niat solat Jumaat. Setelah imam memberi salam, dia hendaklah berdiri melengkapkan rakaat yang kedua. Surah al-Fatihah dan surah selepasnya dibaca jahar (nyaring).
Pahe dop? Hehehe.
Maklumat di atas ni thanks to my pakchu (ustaz) share!
Secara kesuluruhannya, saya baru tahu tentang no.1 dan no.3 tu. Yang paling terkejut nombor 3 tu. Ohhh maksudnya kalau bertolak dari rumah untuk musafir selepas solat Subuh, para lelaki kena make sure lah menunaikan solat Jumaat dalam perjalanan musafirnya atau di tempat yang dituju. Jangan tak solat Jumaat pulak. Tapi... kalau bertolak dari rumah (untuk tujuan musafir) sebelum Subuh, boleh la tak solat Jumaat. Haaa gituuu~
Okay daaa~semoga mendapat ilmu yang bermanfaat daripada entri ini. Wassalam :)
![]() |
permasalahan berkait dengan solat jumaat credit image: Google |
Baca juga: