Quantcast
Channel: sayidahnapisahdotcom
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993

cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam

$
0
0
Macam mana cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam? Pernah orang tanya saya "macam mana nak berkomunikasi dengan lelaki pendiam, yang tak banyak cakap?" Hmmm agak susah soalan tu. Okay first of all, jom kita bezakan antara orang pendiam dengan orang yang pemalu/penyegan. Lelaki atau wanita yang pendiam ni kalau kat mana-mana pun dia susah nak keluarkan perkataan. Sama ada di whatsapp/media2 sosial/secara face-to-face. Dia memang jenis suka keluarkan perkataan dalam amount yang sedikit sahaja. Tetapi.. kalau kes orang yang pemalu ni, dia hanya malu atau segan utk berbual secara berdepan sahaja tapi bila di whatsapp atau media sosial, haaaa berbutir-butir banyak perkataan yang keluar. Dalam banyak segi, orang yang pendiam dan orang yang pemalu memang nampak macam jenis yang sama tapi secara halusnya, bukan.

cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam


cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam
cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam
Okay right now, let me tell you.. Pendiam lawannya peramah. Pendiam lawannya mesra alam. Pendiam lawannya jemah. Haha. It is opposite.

So, cara nak berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam:


1. Hidupkan suasana
Mesti macam krik-krik je bila berhadapan dengan orang pendiam ni kan? So kita kena la buat suasana jadi meriah sikit. Buat la jokes ke, bagi teka teki ke, buat pikapline cia cia cia ke, buat #lawakhambar ke, nyanyi dengan suara sumbang ke, mengusik bergurau senda ke.    

cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam

2. Create conversation(bina perbualan)
Tanya soalan (soal tentang hobi atau apa yang dia suka buat tiap-tiap hari atau suka genre drama/novel/lagu/movie apa). 
Small talks (contoh: cuaca, dah makan ke belum, sihat ke tidak)
Bercerita. Cerita lah apa-apa. Cerita tentang diri sendiri atau diri orang lain atau tentang isu semasa atau tentang buku ke atau travel tempat perlancongan ke. So, dari situ kita tahu dia jenis yang suka apa atau perbualan yang dia lebih cenderung untuk berkongsi pendapat. Kot-kot kalau kita cerita tentang Kpop dia macam blur-blur je, kita tanya lah dia suka pop ape, melayu ke jepun ke hindustan ke haha. 

3. Banyakkan guna bahasa badan (body language)
Ni kalau kes face-to-face dengan lelaki/perempuan yang pendiam. Kalau dia pendiam sangat dan bila kita tanya sepatah, dia jawab sepatah. Bila kita cerita 5 perenggan, dia angguk je =.= Maka nya, sila tarik perhatian dia dengan gaya bahasa badan. Jangan tergedik-gedik pulak haha. Maksud saya di sini.. kita exaggerate action kita melalui mimik muka, atau expression atau bertepuk-tepuk tampar (ni kalau dengan sama jantina je ye), atau guna apa sahaja yang melibatkan anggota badan kita lebih daripada percakapan.

cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam

4. Jangan malu, jangan segan   
Kalau dalam lagu ada bait lirik "biar malu-malu, biar segan-segan..." kan? Tapi kalau kes ni jangan malu-malu, jangan segan-segan ye. Tapi jangan malu-malu ni kalau kita communicate dengan sama jantina la. Kalau berlainan jantina tu, sila tahu batas pergaulan la ye hehe. 

Lagi satu, kalau nak berkomunikasi dengan orang yang pendiam ni keyword dia kita kena jadi orang yang tak tahu malu. Maksud tak tahu malu tu.. okay macam ni, kita kena faham bahawa kemungkinan besar bila kita cakap dengan orang pendiam ni, kita akan rasa kita ni unwanted (tidak dikehendaki) atau rasa dia tak senang dengan kehadiran kita atau rasa kita cakap sorang-sorang atau rasa kita ni tidak diperlukan di situ atau rasa kita ni menyibuk je atau akan timbul suasana 'awkward' di tengah-tengah antara kita dan dia. So, sila dengan tak malu dan tak putus asanya buat perkara no 1,2&3 hehe.

cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam
cara berkomunikasi dengan lelaki/perempuan yang pendiam
So, bila nak berkomunikasi dengan orang yang pendiam ni, tak kisah la lelaki ke perempuan atau dengan apa niat pun, sila cuba cara-cara di atas dulu. Tapi kalau keempat-empat cara di atas tidak berhasil, maksudnya ada dua kemungkinan:

1. First, memang dia tak suka kita banyak cakap dengan dia&nak kita tutup mulut&diam bersama2 dgn dia hahaha. 
2. Second, memang dia jenis yg pendiam sangat-sangat.

*Kalau kes yang pertama tu, faham-faham jela ye. Mungkin dia tak suka dgn kehadiran kita. Atau mungkin dia suka suasana yang senyap sunyi tenang damai aman sentosa. 

**Kalau kes yang kedua tu, sila bertabah la ye. Dan sila jangan ambil hati. Tu mungkin memang sifat pendiam yang menebal dalam diri dia. Haha.

Okay itu sahaja, penat la membebel hahaha. daaa~

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2993