Ada seorang cousin saya ni, Abu Hurairah Asifa share tips/petua nak dapat anak comel. Sebab ketiga-tiga anak perempuan beliau memang sangat comel dan putih ketika masa kecil hehe. Apakah petua nak dapat anak comel yang dikongsikan oleh beliau di status Facebook pagi tadi?
petua nak dapat anak comel
![]() |
petua nak dapat anak comel image : anak cousin Abu Hurairah Asifa |
Kalau anda tanya macam mana nak dapat anak yang comel,Nenek saya bagi petua ni.
"Masa anak dalam perut tu, jangan berangan sangat nak anak mata besar, muka putih, bibir merah. Terima apa pun rupa dan bentuk yang Allah nak bagi. Yang paling penting, anak tu keluar sihat dan baik."
InshaaAllah, petua nenek menjadi dengan izin Allah.
![]() |
petua nak dapat anak comel |
Kalau macam kakngah saya, anak lelaki sulung beliau memang putih. Putih yang memang cantik. Putih susu kemerahan haha. Then, kakngah saya share la.. mungkin time mengandungkan Raef (anak sulung), dia suka minum air carrot susu. Tu yang Raef putih. Hehehe.
Kekadang orang kata ikut genetik juga kan. Ada juga yang kata kekadang ikut keturunan lah.. dan juga kacukan dari bangsa moyang-moyang atas nun.
Tapi ada juga orang tua dulu-dulu pesan jangan makan kicap banyak sangat time mengandungkan anak takut baby jadi hitam dan gelap. Heee. Macam-macam petua ada kan.
Okay itu sahaja, adios! Wassalam :)